Berikut senarai 24 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Ahad, 1 Julai 2018 bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Fiji di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Khamis, 5 Julai 2018, jam 8.45 malam.

1. NAZMI FAIZ MANSOR 24 TENGAH JOHOR DARUL TA’ZIM
2. SYAFIQ AHMAD 23 PENYERANG JOHOR DARUL TA’ZIM
3. SAFAWI RASID 21 PENYERANG JOHOR DARUL TA’ZIM
4. AHMAD HAZWAN BAKRI 27 PENYERANG JOHOR DARUL TA’ZIM
5. LA’VERE CORBIN-ONG 27 PERTAHANAN JOHOR DARUL TA’ZIM
6. ADAM NOR AZLIN 22 PERTAHANAN JOHOR DARUL TA’ZIM
7. AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK 31 PERTAHANAN JOHOR DARUL TA’ZIM
8. HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY 25 PENJAGA GOL PERAK
9. SHAHRUL SAAD 25 PERTAHANAN PERAK
10. NAZIRUL NAIM CHE HASHIM 25 PERTAHANAN PERAK
11. AMIRUL AZHAN AZNAN 25 PERTAHANAN PERAK
12. NASIR BASHARUDIN 28 TENGAH PERAK
13. IFWAT AKMAL CHEK KASSIM 22 PENJAGA GOL KEDAH
14. AKRAM MAHINAN 25 TENGAH KEDAH
15. SYAZWAN ZAINON 29 TENGAH KEDAH
16. RIZAL GHAZALI 26 PERTAHANAN KEDAH
17. ZAQUAN ADHA ABD RADZAK 31 PENYERANG KUALA LUMPUR
18. SYAZWAN ANDIK ISHAK 22 TENGAH KUALA LUMPUR
19. IRFAN ZAKARIA 23 TENGAH KUALA LUMPUR
20. WAN ZACK HAIKAL WAN NOR 27 TENGAH FELDA UNITED
21. KHAIRUL FAHMI CHE MAT 29 PENJAGA GOL MELAKA
22. N THANABALAN 23 PENYERANG NEGERI SEMBILAN
23. RAWILSON BATUIL 24 PERTAHANAN SABAH
24. DANIAL ASHRAF ABDULLAH 21 TENGAH KELANTAN

 

Daripada senarai di atas, hanya 11 pemain daripada skuad 23 pemain ketika perlawanan terakhir Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon di Beirut pada 27 Mac 2018 dan perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Bhutan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 1 April 2018 telah dikekalkan Cheng Hoe termasuk ketua pasukan, Zaquan Adha Abd Radzak, 31, dari pasukan Kuala Lumpur.

Tujuh lagi pemain bagaimanapun tidak dipanggil untuk aksi bertemu Fiji ini kerana terlibat dengan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2018 pada 30 Jun (PKNS FC lwn Selangor) dan 1 Julai (PKNP FC lwn Pahang) serta kemungkinan mara ke final Piala FA 2018 pada 7 Julai iaitu tiga pemain PKNS FC – penjaga gol Shahril Sa’ari, Mahalli Jasuli dan Jafri Firdaus Chew; dua pemain Pahang – Matthew Davies dan R Kogileswaran serta pemain PKNP FC, Shahrel Fikri Md Fauzi dan pemain Selangor, Syahmi Safari.

Pemain muda, Akhyar Rashid, 19, dari Kedah pula tidak dipanggil kerana bersama skuad B-19 kebangsaan kendalian Bojan Hodak ke Kejuaraan B-19 AFF 2018 di Surabaya, Indonesia bermula 3 Julai ini.

Sementara empat lagi pemain telah digugurkan daripada panggilan kali ini iaitu dua pemain Kedah – Ariff Farhan Md Isa dan Syawal Nordin serta dua pemain Perak – Nor Hakim Hassan dan Syazwan Zaipol Bahari.

Sebagai ganti bagi melengkapkan senarai 24 pemain, Cheng Hoe telah memanggil lapan pemain baharu yang tidak disenaraikan pada panggilan Mac lalu iaitu tiga pemain Kedah – penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim, Syazwan Zainon dan Rizal Ghazali, dua pemain Perak – Nasir Basharudin dan Amirul Azhan Aznan serta Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT), N Thanabalan (Negeri Sembilan) dan Danial Ashraf Abdullah (Kelantan).

malaysia-u19s-jafri-chew-right-celebrates-his-goal-with-danial-ashraf-abdullah-1592016_1ayzx6r5t74wf10rck5u8q3pjk

Baki lima lagi pemain yang dipanggil terdiri daripada mereka yang sebelum ini disenaraikan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Mongolia pada 22 Mac 2018 iaitu empat pemain JDT – Ahmad Hazwan Bakri, Safawi Rasid, Adam Nor Azlin dan La’vere Corbin-Ong serta pemain Sabah, Rawilson Batuil.

Selepas aksi bertemu Fiji ini, skuad Harimau Malaya bakal menghadapi lima lagi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” iaitu bertemu Chinese Taipei di Taipei pada 7 September 2018, bertemu Kemboja di Phnom Penh pada 11 September 2018, bertemu Sri Lanka di Colombo pada 12 Oktober serta bertemu Republik Kyrgyz dan Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil, masing-masing pada 16 Oktober 2018 dan 3 November 2018.

Kesemua perlawanan ini merupakan persiapan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2018 yang bakal berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember 2018 yang mana Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.