Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Brad Maloney bagi menghadapi saingan Kumpulan J, Kelayakan Piala Asia B-23 2022 menentang Laos, Mongolia dan Thailand di Ulaanbaatar, Mongolia dari 25 hingga 31 Oktober 2021.

Dalam senarai itu turut menampilkan empat pemain kebangsaan iaitu Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC), Hakimi Abdullah (Terengganu FC), Quentin Cheng (Penang FC) dan Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk) yang telah pun menyertai pasukan pada Isnin, 18 Oktober 2021 sejurus mereka selesai kuarantin selepas pulang dari tugasan skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe di Amman, Jordan.

Yang turut tersenarai, dua pemain baharu yang dipanggil ketika kem latihan pusat Fasa 2 berlangsung iaitu Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar (Terengganu FC II) dan Harith Haiqal Adam Afkar (Selangor FC 2).

Seorang lagi pemain yang berada dalam senarai akhir 23 pemain itu ialah pemain berpangkalan di Jerman, Annil Vigneswaran (SGV Freiberg) yang akan terus menyertai pasukan setibanya di Ulaanbaatar nanti.

Sementara, sembilan pemain dari kem latihan pusat Fasa 2 tidak berada dalam senarai akhir tersebut kerana masalah kecederaan iaitu Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri, Firdaus Ramli, Alif Mutalib dan Chia Ruo Han (Johor Darul Ta’zim II) serta K. Thivandaran (PJ City FC).

Yang turut tidak tersenarai ialah penjaga gol Firdaus Irman Fadhil, Khairi Suffian Khaineyusri, Aidil Azuan dan Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan (Selangor FC 2).

Skuad kendalian Maloney ini akan berlepas ke Ulaanbaatar pada Rabu, 20 Oktober 2021 yang mana Malaysia akan bertemu Laos pada 25 Oktober 2021 (3.00 petang) diikuti aksi menentang tuan rumah, Mongolia pada 28 Oktober 2021 (11.00 pagi) dan perlawanan terakhir berdepan Thailand pada 31 Oktober 2021 (11.00 pagi) bagi merebut tempat ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan pada Jun 2022.

Ketiga-tiga perlawanan tersebut dijadual berlangsung di Stadium MFF, Ulaanbaatar yang menggunakan permukaan padang rumput tiruan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah.

Shebby Singh Cadang Harimau Malaya Pakai Formasi 3-4-3 Di Piala Suzuki AFF 2020

Peminat Gesa Tan Cheng Hoe Panggil Daniel Ting Perkuatkan Skuad Harimau Malaya

Piala Suzuki AFF: Harimau Malaya Jumpa Vietnam Lagi

Beri Peluang Kepada Luqman Hakim Barisi Jentera Serangan Harimau Malaya

Tawaran TMJ Uruskan Skuad Harimau Malaya Ditolak