Perlawanan antara Malaysia menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada esok nyata mendapat sambutan menggalakkan dari penyokong apabila setakat ini sudah 21 ribu keping tiket telah terjual.

Jumlah tiket terjual diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi satu post di laman media sosial rasmi milik badan induk bola sepak negara itu sebentar tadi.

Pada masa yang sama, FAM turut menjelaskan peminat masih boleh membeli tiket menerusi atas talian sehingga jam 11:59 malam ini.

Penjualan tiket juga akan dijalankan di kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 2 petang pada esok dimana peminat Malaysia boleh mendapatkan tiket di pintu A, B, C dan D manakala peminat UAE boleh mendapatkan tiket di kaunter E.

Peminat pasukan kebangsaan digesa supaya membanjiri stadium bagi memberikan sokongan padu terhadap pasukan negara. Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe ketika ini sedang mendahului carta kumpulan G selepas meraih kemenangan pada perlawanan pertama apabila menewaskan Indonesia dengan keputusan 3-2.

Baca artikel lain mengenai perlawanan antara Malaysia menentang UAE di sini:

5 Pemain UAE Yang Perlu Diawasi Oleh Skuad Harimau Malaya

Tan Cheng Hoe Optimis Harimau Malaya Raih Keputusan Positif Berdepan UAE

Tan Cheng Hoe Minta Pandangan Ong Kim Swee Bagaimana Cara Untuk Tewaskan UAE