Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam telah mengumumkan senarai 20 pemain muda yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Malaysia bawah 19 tahun (B-19) dibawah kendalian Hassan Sazali Waras bermula pada 2 Ogos 2022.

Menurut kenyataan rasmi, ia adalah sebahagian daripada persiapan menghadapi cabaran Kelayakan Piala Asia B-20 2023 pada September ini. Mereka juga bakal menyertai kejohanan jemputan, Youth International U-19 Football Tournament 2022 anjuran Konfederasi Bolasepak Vietnam (VFF) bermula 5 hingga 11 Ogos 2022 di Binh Duong, Vietnam.

Daripada 20 pemain yang disenaraikan, Hassan Sazali hanya mengekalkan enam pemain dari skuad yang menjuarai Kejuaraan B-19 AFF 2022 Indonesia pada 15 Julai lalu.

Pada kejohanan jemputan itu, Malaysia akan bersaing bersama tiga pasukan lain iaitu pasukan tuan rumah, Vietnam, Thailand dan Myanmar.

Berdasarkan jadual perlawanan, skuad B-19 kebangsaan akan memulakan saingan dengan perlawanan pertama menentang Thailand pada 5 Ogos; Vietnam pada 7 Ogos dan Myanmar pada 9 Ogos 2022.

Perlawanan penentuan tempat ketiga dan Final akan berlangsung pada 11 Ogos 2022.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

FAM Umum Senarai 28 Pemain Muda Sertai Kem Latihan Pusat Skuad Malaysia B-16

Kim Dong-jin Bakal Jurulatih Baharu Skuad Malaysia B-23?

Christophe Gamel Sedia Isi Jawatan Ketua Jurulatih Skuad B-23 Malaysia