Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jendela perpindahan pemain antara perkara yang mengujakan kita sebagai peminat bola sepak, walaupun kadangkala menelan kepahitan kehilangan pemain yang kita sayangi.

Banyak pasukan pada hari ini berbelanja sangat besar dalam jendela perpindahan.

Sudah banyak pasukan yang sanggup membayar harga ratusan juta euro untuk seorang pemain.

Jadi, ini adalah senarai 20 pasukan dengan perbelanjaan tertinggi dalam 5 musim terkahir.

20. Tottenham – £425.79 juta

Spurs membelanjakan hampir setengah juta pound sterling. Namun dalam tempoh itu mereka mendapat pencapaian tertinggi dengan mara ke final UCL 2018/19.

Jadi, tidak adil untuk menyatakan Daniel Levy ni kedekut nak berbelanja.

19. Bayern Munich – £428.18 juta

Agak luar biasa untuk kelab yang pada hari ini memiliki ramai bintang.

Strategi perpindahan Bayern yang bagus seperti bersabar menunggu pemain sehingga ke tahun terakhir kontrak dan barulah membeli mereka.

Biasanya perpindahan mereka lebih bertumpu di Jerman.

Mereka menjuarai banyak piala dalam 5 tahun terakhir ini dan boleh menamatkan musim ini dengan treble sekali lagi.

bayern

18. Sevilla – £433.40 juta

Sevilla memiliki rekod yang baik di pentas Eropah di Europa League.

Sevilla antara kelab penjual di pasaran Eropah dan pada masa yang sama mereka berbelanja untuk menggantikan bintang mereka yang dijual.

Masih dikira pasukan yang berbelanja dengan berhemah.

17. Arsenal – £486.85 juta

Arsenal dikenali dengan polisi pembelian pemain yang sangat ketat.

Namun dalam 5 tahun terakhir ini polisi mereka berubah dengan pembelian pemain seperti Aubameyang, Lacazette dan kemudian perpindahan dengan rekod bayaran tertinggi di kelab mereka untuk Nicolas Pepe yang berharga £72.

Nicolas-Pepe

Arsenal dapat merawat sedikit kegagalan mereka beraksi di UCL selama 3 musim berturut turut dengan kejayaan memenangi Piala FA ke-14 mereka.

16. Borussia Dortmund – £487.29 juta

Agak mengejutkan kerana dalam 5 tahun terakhir ini, Borussia Dortmund berbelanja lebih besar daripada Bayern untuk mendapatkan pemain.

Mereka membeli pemain seperti Jadon Sancho, Mats Hummels yang dibawa masuk kembali serta mendapatkan Erling Haaland.

Buat masa ini pembelian mereka banyak yang memberikan impak yang bagus berbanding yang kurang menjadi.

15. Napoli – £492.56 juta

Kelab dari Itali ini telah menjadi pesaing kepada kejuaraan di Itali dalam beberapa musim ini.

Namun seringkali gagal untuk mengekalkan momentum dan akhirnya ketinggalan.

Tetapi Napoli jelas sekali banyak membeli pemain. Salah satu perkara yang jelas tentang Napoli, mereka kerap kehilangan pemain sasaran utama mereka kepada kelab lain, misalnya Pepe pada musim lepas.

Namun kali ini mereka terus bertindak pantas untuk mendapatkan Victor Osimhen has £45 juta. Napoli berjaya menamatkan era tanpa piala mereka dengan kejayaan menjulang Coppa Italia di bawah kendalian Gattuso.

napoli-coppa-italia-triumph_1lidmdc4781qe118fygmg3scjj

14. Everton – £502.2 juta

Kehadiran Farhad Moshiri dan Marcel Brands telah menjadikan Everton memecahkan rekod perpindahan kelab mereka sebelum ini.

Namun pasukan ini terus bergelut walaupun untuk mara ke Eropah sekalipun.

Kebanyakan pembelian mereka kurang memberikan impak.

13. Roma – £515.64 juta

Roma ni ibarat Everton. Mereka kerap membeli pemain dalam beberapa musim ini, namun sudah dua kali mereka menamatkan saingan di luar top 4 dalam dua musim terakhir.

12. Liverpool – £527.29 juta

Dalam 5 tahun terakhir Liverpool berbelanja lebih setengah billion pound. Mereka kehilangan beberapa marquee player seperti Luis Suarez dan Phil Coutinho.

Namun Liverpool membelanjakan wang mereka dengan sebaiknya untuk pemain seperti Mo Salah, Sadio Mane, Alisson, Fabinho, Oxlade Chamberlain dan Van Dijk.

Dan hasilnya mereka menjadi juara Eropah, EPL dan juara dunia dalam tempoh tersebut.

liverpool

11. AC Milan – £563.48 juta

Jika dibandingkan dengan Liverpool, ini boleh dikirakan sangat mengecewakan untuk sebuah pasukan legenda seperti AC Milan.

Kehadiran konsortium China pada awalnya telah membuatkan AC Milan berbelanja secara emosi dan tak ingat dunia.

Namun mereka gagal membentuk pasukan pesaing kejuaraan yang sebenar. Malah terkait dengan salah laku FFP dan digantung daripada kejohanan Eropah.

Milan masih belum pernah menamatkan saingan di kelompok top 4 sejak 2012/13.

10. AS Monaco – £574.48 juta

Mereka seperti Liverpool, berbelanja besar selepas menjual pemain pada harga tinggi.

Monaco menjual pemain seperti Bernardo Silvam, Thomas Lemar, Bakayoko, Fabinho dan sudah tentunya, Kylian Mbappe.

Namun selepas musim gemilang menjuarai Ligue 1, mereka jatuh teruk kerana penjualan terlalu ramai pemain utama dan pada 2018/19 mereka menamatkan musim di tangga ke-17.

Musim ini mereka menamatkan saingan di tangga ke-9.

9. Real Madrid – £610.43 juta

Real Madrid memang digelar antara ‘big spender’ di dunia. Mereka mendapatkan pemain seperti Courtois, Hazard, Jovic, dan Ferland Mendy, antaranya.

Namun berdasarkan pencapaian mereka di UCL dan juga kejayaan menjuarai liga musim ini, Madrid masih dikira berbelanja dengan betul. Tetapi harus diakui, pemain paling mahal dalam 5 musim terkahir mereka beli iaitu Hazard masih bergelut dengan prestasinya.

hazard

8. Inter – £677.29 juta

Inter mencatatkan rekod membeli 313 pemain dalam masa 5 tahun terakhir. Ianya rekod yang pasti membuatkan korang rasa macam tak percaya.

Namun mereka masih gagal memenangi kejuaraan Serie A. Musim ini menamatkan saingan di tangga kedua.

Tetapi berpeluang untuk memamatkan musim dengan kejuaraan UEL. Lawan mereka adalah pakar UEL iaitu Sevilla.

7. Atletico Madrid – £712.45 juta

Dalam 5 tahun terakhir, Atletico Madrid sudah menunjukkan mereka bukan sahaja kelab penjual, tetapi mereka juga kelab pembeli.

Mereka membeli 202 pemain dalam 5 tahun terakhir ini. Rekod perpindahan tertinggi ialah Felix dengan £113 juta.

Polisi pembelian mereka dilihat agak kurang bagus dengan membayar harga terlalu tinggi untuk seorang pemain. Mereka membayar Alvaro Morata dengan perjanjian hampir £60 juta secara keseluruhan.

Mereka membeli seorang lagi pemain buangan Chelsea, Diego Costa dengan nilai lebih £55 juta dan membayar £70 juta untuk Thomas Lemar, selain daripada membayar pemain muda, Joao Felix dengan harga lebih £100 juta.

6. Chelsea – £747.54 juta

Chelsea masih Chelsea yang kita kenali di era Abramovich. Mereka sentiasa sanggup berbelanja untuk membeli pemain, kecuali ketika digantung sahaja.

Namun dalam lima musim terakhir ini mereka tetap menggapai banyak kejayaan. Musim ini Chelsea sudah membeli Pulisic serta membeli awal pemain seperti Ziyech dan Timo Werner untuk digunakan musim hadapan.

Angka itu akan ditambah lagi dalam beberapa hari ini dan salah seorang sasaran utama mereka ialah Kai Havertz.

5. Manchester United – £752.49 juta

Pada era Jose Mourinho, Man United berbelanja dengan sangat besar dengan harapan mampu untuk menjuarai liga sekali lagi.

Namun banyak pembelian mereka yang kurang memberikan impak dalam 5 tahun terakhir.

Memphis Depay, Angel Di Maria, Falcao antara pemain yang cemerlang di kelab lain namun gagal menyerlah di United.

Man-Utd-transfer-news-Sancho-Di-Maria-Depay-2602233

Dalam masa 5 tahun kebelakangan ini, Ed Woodward menyelesaikan 70 perpindahan masuk pemain.

Mereka memenangi 1 piala domestik dan 1 piala UEL dalam tempoh itu dan kedua duanya dicapai di bawah Mourinho.

4. PSG – £774.54 juta

Kuasa baru dalam bola sepak moden. Membeli untuk menguatkan pasukan berbanding dengan fokus kepada membangunkan bakat sendiri sebagai keutamaan.

PSG memiliki dua pemain dengan nilai sangat tinggi iaitu Neymar £200 juta dan Mbappe dalam sekitar £160 juta secara keseluruhan.

neymar-kylian-mbappe-psg-2019-20_rnsyi99snmaj19iega0alkwe9

Mereka antara pasukan yang sentiasa meriah dengan pembelian pemain. Sasaran utama mereka adalah UCL. Jadi musim ini mereka berpeluang melakukannya dan lebih manis, jika berjaya mereka akan memenangi treble.

3. Manchester City – £958.41 juta

Sebuah lagi kelab yang dimiliki orang Arab. Man City membelanjakan hampir £200 juta lebih tinggi daripada PSG.

City menjuarai beberapa EPL dan piala domestik dalam 5 tahun terakhir ini. Namun berdasarkan jumlah perbelanjaan hampir £1 billion, tak hairanlah mereka mahukan UCL dalam kabinet mereka.

Berbanding dengan pasukan lain, City bukan kelab penjual – sebab itu mereka tidak ada kecenderungan menjual pemain dengan harga tinggi.

Dan mereka tiada masalah untuk menyimpan pemain di bangku simpanan dengan gaji sangat tinggi.

2017-08-21t060633z_1_lynxnped7k0c0_rtroptp_4_soccer-england-brh-mci-500

2. Barcelona – £961.52 juta

Agak gila bila memikirkan Barcelona telah membelanjakan wang lebih besar daripada City dan PSG dalam 5 tahun kebelakangan ini.

Segalanya kerana mereka melakukan transaksi 3 pemain dengan harga di atas seratus juta euros.

Griezmann, Coutinho dan Dembele adalah 3 pemain yang menjadikan Barcelona kelab pembeli yang utama berdasarkan angka perbelanjaan mereka.

Namun ketiga tiga pemain itu tiada dalam kesebelasan utama ketika mereka dibelasah Bayern 8-2 di separuh akhir UCL tempoh hari. Coutinho pula bermain untuk Bayern dan dalam senarai untuk disingkirkan.

Barca menjuarai banyak kejayaan domestik. Namun sasaran utama mereka masih lagi membawa pulang UCL ke Nou Camp.

1. Juventus – £975.89 juta

Juventus adalah pasukan dengan perbelanjaan tertinggi dalam 5 musim terakhir.

Jadi, tidak logik menyatakan Juventus cuma mahu barang percuma.

Mereka mendapatkan Cristiano Ronaldo for £99 juta, Gonzalo Higuain £75.3 juta dan terbaru Arthur Melo dengan £66 juta.

Cristiano-Ronaldo-and-Paulo-Dybala-caught-on-camera-laying-the-blame-on-Juventus-midfield-for-loss-vs-Lyon

Musim lalu mereka membeli De Ligt dengan harga £70 juta.

Masih lagi kempunan UCL, sasaran utama dan sebab utama mereka mendatangkan Ronaldo ke Turin. Kalau sekadar untuk Serie A, mereka tidak perlu untuk mendapatkan Ronaldo.

Sumber: GMS

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group