Seramai 20 jurulatih tempatan menyertai Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC 2022-2023 yang bermula hari ini di Residensi UTMKL, Kuala Lumpur.

Dengan pengiktirafan sebagai salah satu daripada ahli Kategori A Konvensyen Kejurulatihan AFC, FAM kini boleh menganjurkan dan menjalankan Kursus Kejurulatihan peringkat tertinggi mengikut kategori masing-masing tanpa perlu menjalani proses lama untuk mendapatkan kelulusan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Lesen Diploma Profesional AFC ini merupakan antara lesen tertinggi dalam karier jurulatih bola sepak. Ia juga syarat wajib untuk dimiliki oleh mana-mana jurulatih jika mahu mengendalikan sebuah pasukan Liga Super.

Barisan 20 jurulatih tersebut terdiri daripada Manzoor Azwira Abd Wahid (Penang FC), Wan Rohaimi Wan Ismail (PDRM FC), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (Penang FC), Mohd Shahril Nizam Khalil (Perak), Noor Zaidi Rohmat (Skuad Projek FAM-MSN), Mohd Nidzam Adzha Yusoff (KLFC), Mohd Asri Ninggal (Melaka United FC), Muhammad Firdaus Aziz (Selangor FC), Subri Sulong (Terengganu FC), Chan Wing Hoong (Perak FC), K. Nantha Kumar (Perak FC), K. Rajan (PJ City), Ridzuan Abu Shah (Malaysian University Team), Roshadi Wahab (Terengganu FC), Tengku Hazman Raja Hassan (Terengganu FC), A. Victor (Kedah FC), Nazrulerwan Makmor (Melaka United FC), Jelius Ating (Sabah FC), Badrul Afzan Razali (Terengganu FC) dan Md Noor Md Derus (Melaka United FC).

Kebanyakan daripada mereka merupakan bekas pemain kebangsaan dan mempunyai pengalaman melatih beberapa pasukan dalam Liga Malaysia. Ini merupakan perkembangan yang positif kerana negara kini bakal mempunyai lebih ramai jurulatih yang memiliki lesen kelas tertinggi.

Penganjuran edisi kedua kursus ini bukan sahaja dilihat dapat memacu kerjaya kejurulatihan tempatan tetapi kini mampu meningkatkan pengalaman dalam peringkat intensiti tinggi serta berupaya untuk memenuhi permintaan tinggi jurulatih peringkat elit negara.

“Sentiasa menjadi aspirasi buat FAM dalam memastikan jurulatih yang menyertai kursus ini akan lebih bersedia secara fizikal, mental dan emosi juga dalam aspek pengurusan pasukan agar berjaya memperoleh tahap paling terbaik daripada pasukan masing-masing kelak,” tulis kenyataan rasmi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Melaka United Buat Kejutan, Umum Mat Yo Sebagai Pemain Baharu

Pemain Pertahanan Andorra Lengkapkan Kuota Pemain Import Kedah

Perak Bangkit Semula Dengan Logo Baharu

Lim Teong Kim Nafi Minta Gaji Tinggi, TMJ Balas “Jangan Nak Temberang”