Selepas pasukan JDT muncul juara saingan CIMB Liga Super 2020 yang juga kejuaraan kali ke 7 berturut-turut, perebutan untuk menamatkan kedudukan ditempat kedua dan ketiga semakin sengit.

Berdasarkan artikel 11 Pasukan Yang Tidak Memohon Lesen AFC yang telah kami terbitkan sebelum ini dan pengumuman penarikan diri pasukan Felda United, ini bermakna slot ke saingan AFC Cup 2021 menjadi rebutan 6 buah pasukan sahaja.

Nota: JDT tidak diambil kira kerana telah layak ke saingan peringkat kumpulan AFC Champions League 2021.

8 pasukan yang diberi lesen AFC ialah:

  • Johor Darul Ta’zim (JDT) – Layak ke AFC Champions League 2021.
  • Perak
  • Selangor
  • Terengganu FC
  • Felda United – Tarik diri dari saingan musim 2021.
  • Petaling Jaya City
  • Kedah
  • Kuala Lumpur
Menang 4 Perlawanan Untuk Muncul Juara TM Piala Malaysia 2020

TM Piala Malaysia akan berlangsung mulai 17-18 Oktober 2020 dan akan berakhir pada 7 November.

Format pertandingan TM Piala Malaysia 2020 dirombak di mana tiada saingan peringkat kumpulan dan saingan 16 pasukan akan berlangsung secara kalah mati satu pusingan termasuk suku akhir dan separuh akhir.

11 pasukan terbaik CIMB Liga Super dan 5 pasukan terbaik Liga Premier (kecuali pasukan Feeder Team) yang layak beraksi dalam saingan TM Piala Malaysia akan diundi untuk menentukan perlawanan awal dan juga pasukan tuan rumah.

Hanya juara pertandingan TM Piala Malaysia 2020 akan menerima 1 slot ke saingan AFC Cup 2021. Namun, sekiranya pasukan JDT muncul juara TM Piala Malaysia 2021, slot itu tidak akan diberikan kepada pasukan naib juara.

Sebaliknya, slot AFC Cup 2021 tersebut akan diberikan kepada pasukan tempat ke-2 liga dan 1 lagi slot akan diberikan kepada pasukan ditempat ke-3 liga.

Kedudukan Semasa Saingan CIMB Liga Super 2020

Berdasarkan kedudukan saingan CIMB Liga Super semasa, perebutan tempat ke-2 dan ke-3 liga hanya akan menjadi milik samada Kedah, Perak atau Terengganu sahaja mengikut pungutan mata.

Pasukan Selangor terlepas dalam persaingan itu kerana tidak mampu mengutip sekurang-kurangnya 18 mata walaupun menang dalam perlawanan terakhir, dan tempat ke-4 adalah kedudukan maksimum yang mereka boleh capai musim ini.

120552306_4435942346478236_7201083898744320459_o

2 perlawanan penting pada hari Ahad, 10 Oktober 2020 ini bakal menentukan kedudukan akhir bagi mencari slot AFC Cup 2021;

  • Perak bertemu Kedah: Kedah hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan tempat mereka. Namun, Perak pula pastinya mahukan kemenangan untuk mengelakkan dipintas pasukan Terengganu.
  • Terengganu bertemu Pahang: Terengganu sudah tidak mampu mencabar kedudukan sebagai naib juara liga, kerana mata maksimum yang mampu dikutip adalah 19 mata sahaja. Pemburuan tempat ke-3 menjadi keutamaan ketika ini dan kemenangan keatas Pahang mampu merealisasikan perkara itu sekiranya Perak seri atau tewas.

Walaupun ramai menjangkakan Kedah akan muncul sebagai naib juara seterusnya layak ke AFC Cup 2021, keputusan boleh berlaku sebaliknya dan ada kemungkinan mereka akan menamatkan musim ini dikedudukan ke-4!

Beginilah situasi semasa perebutan beberapa pasukan untuk menamatkan saingan CIMB Liga Super 2020 jika mereka berminat untuk ‘mencari’ aksi dalam AFC Cup 2021 nanti.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Ini Senarai ‘Owner’, Nama Syarikat Dan Pengarah 21 Buah Kelab Dalam Saingan Liga Super Dan Liga Premier Malaysia

38% Syarikat Kelab Liga Super Dan Liga Premier Masih Lagi ‘Dipegang’ Oleh Persatuan Bola Sepak Negeri

IG Story Eyka Farhana Dedahkan Kehadiran ‘Penyokong’ Ke Stadium, MFL Wajib Tampil Beri Penjelasan