2 kemenangan, 6 mata, 6 gol dan clean sheet mungkin sudah berjaya menggembirakan penyokong-penyokong pasukan Terengganu ketika ini selepas 5 bulan saingan bola sepak terhenti.

Dalam sidang media selepas perlawanan, ketua jurulatih pasukan itu Nafuzi Zain tidak putus mengucapkan penghargaan kepada pemain-pemain atas aksi yang terpuji dalam 2 perlawanan yang berlangsung.

“Kredit untuk pemain. Mereka all out main malam ini. Kita memang perlu sangat-sangatlah kemenangan malam ini.”

“Kita tahu, selepas liga bersambung jumlah perlawanan makin sedikit. Setiap game adalah penting untuk mendapatkan mata. Jadi, untuk 2 game ini saya berpuas hati dengan apa yang pemain tunjukkan dalam permainan selepas 5 bulan berehat panjang. Saya sangat berpuas hati dan tahniah kepada pemain saya.”

117948093_4243229565749516_2535823516928108043_o

Ketika menjawab soalan yang diajukan mengenai perbezaan yang wujud sebelum dan selepas PKP serta 6 gol serta ‘clean sheet‘ Nafuzi Zain menjelaskan bahawa;

“Sebelum ini kita mengkaji dalam banyak aspek semasa PKP, kita buat banyak homework dan ‘analyze‘ balik kelemahan dalam pasukan.”

“Kita tahu walaupun sebelum ini kita memiliki jaringan yang banyak tapi bolos juga paling besar, itu adalah masalah besarlah. Jadi, kita perbaiki dan belajar dari semasa ke semasa, training dan prepare.”

Ketua jurulatih Terengganu itu walaupun berpuas hati dengan aksi pemain-pemain turut mengakui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dan diatasi.

“Kita tahu Melaka menang 1-0 di Perak, bukan senang untuk menang disana. Pasukan Melaka sebenarnya lagi baik berbanding pasukan saya dengan pemain-pemain yang berpengalaman dan import yang bagus.”

Next 2 game ini adalah cabaran yang getir bagi saya bertemu Melaka dan JDT. Saya harap player dapat kekalkan momentum dan fokus serta bekerja keras untuk perlawanan akan datang.”

Kini pasukan Terengganu menghuni tangga ke-2 saingan CIMB Liga Super 2020 selepas 4 perlawanan berlangsung, ketinggalan 3 mata dibelakang pendahulu, pasukan JDT.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Kerteh FC Jana Hampir RM55,000 Hasil Jualan 1,078 Helai Jersi Pasukan Dalam Tempoh 7 Bulan Sahaja

Tonton Video Temubual Santai Bersama Hadi Fayyadh Berbahasa Bahasa Jepun Yang Layak Terima Pujian

Penulis Bola Sepak Indonesia Ini Puji Langkah Luqman Hakim Tinggal Bersama Keluarga Angkat Di Belgium