2 pemain skuad kebangsaan Thailand yang kini beraksi dalam saingan J1 League, Chanathip Songkrasin (Hokkaido Consadole Sapporo) dan Theerathon Bunmathan (Yokohama F Marinos) telah tersenarai sebagai kesebelasan terbaik J1 League bagi perlawanan ke 20.

Dalam perlawanan ke 20 liga itu, Chanathip Songkrasin telah diturunkan sebagai pemain dalam kesebelasan utama Hokkaido Consadole Sapporo, beraksi penuh 90 minit dan menjaringkan 1 gol.

Dengan penampilan itu juga, Chanathip Songkrasin telah membuat 16 penampilan, mengumpul 1,418 minit masa bermain dan menjaringkan 2 gol untuk pasukannya.

Manakala Theerathon Bunmathan pula, sehingga perlawanan ke 20 saingan J1 League, telah turun dalam 12 perlawanan mengumpul 1,041 minit masa bermain.

Beliau juga berada dalam prestasi terbaik dan ini berdasarkan penampilan penuh 90 minit dalam 9 perlawanan terakhir bersama Yokohama F Marinos.

Seperti yang dinyatakan oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Akira Nishino kedua-dua pemain ini serta Thitipan Puangchan (Oita Trinita) merupakan tunjang utama pasukan Thailand menjelang pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia China 2023.

Malaysia berada dalam kumpulan yang sama dengan Thailand, Vietnam, Indonesia dan juga UAE, pastinya tugas yang tidak mudah bagi anak buah Tan Cheng Hoe dalam misi layak ke Piala Asia 2023 nanti.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group