2 pemain muda Thailand yang kini berada di Jerman, disahkan telah berjaya menyertai skuad remaja kelab Bundesliga menurut laporan yang dikeluarkan oleh portal sukan Thailand, SiamSport semalam.

Kedua-dua pemain itu merupakan adik-beradik yang menetap di negara itu bersama ibubapa mereka yang merupakan warga Thailand dilihat sebagai prospek baru bola sepak Thailand dalam beberapa tahun lagi.

Krisana Phumarin yang beraksi diposisi penjaga gol, memiliki ketinggian 1.83 meter menyertai skuad remaja Hoffenheim dengan kontrak selama 2 tahun, manakala abangnya iaitu Jiraphat Phumarin yang berusia 16 tahun menyertai FSV Frankfurt juga dengan tempoh yang sama sebagai penyerang.

news202005161858193

Dalam artikel tersebut juga ada menyebut bahawa ibu bapa kedua-dua pemain ini telah membawa mereka ke Jerman untuk mencari peluang bagi merealisasikan impian anak mereka untuk membina karier bola sepak di eropah.

Impian mereka adalah untuk beraksi secara profesional dengan kelab di eropah dan membantu menguatkan skuad kebangsaan Thailand suatu hari nanti tanpa perlu melalui ‘percubaan’ dengan kelab bola sepak di Thailand.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

Piya: Shakir Shaari Mudahkan Kerja Saya Diatas Padang, Aura Safiq Rahim Dalam Skuad Malaysia Memang Gila!

Omar Abdulrahman Dikaitkan Perpindahan Ke Juara Liga India, ‘Amoory’ Diperlukan Dalam AFC Champions League

Chanathip: Final AFF Suzuki Cup 2014 Di Bukit Jalil Bertemu Malaysia Adalah Perlawanan Paling ‘Favourite’

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group