2 pemain skuad kebangsaan wanita Vietnam dilaporkan sudah menerima tawaran dari sebuah kelab yang berpangkalan di Braga, Portugal untuk beraksi dengan pasukan itu apabila saingan bermula nanti.

Mengikut laporan media sukan Vietnam, khidmat 2 pemain itu Tuyet Dung and Huynh Nhu diperlukan pada bulan September 2020 dan kedua-dua pemain itu yang kini bekerja sebagai penjawat awam berkaitan dengan sukan perlu menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan sebelum terbang ke Portugal untuk beraksi.

vietnam

Sebelum ini kedua-dua pemain itu sudah berkelana ke luar negara selepas mereka menerima tawaran beraksi secara pinjaman dengan Chonburi FC dalam saingan liga bola sepak wanita Thailand.

Lank FC, sebuah pasukan yang baru ditubuhkan pada 2020 akan memulakan aksi dari saingan divisyen 3 dengan sasaran awal adalah untuk layak ke saingan liga divisyen 2 negara itu pada musim berikutnya.

Kelab ini juga mempunyai skuad lelaki tetapi setakat ini hanya memiliki pasukan bawah 19 tahun sahaja dan dijangka akan membentuk skuad senior tidak lama lagi.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Media Indonesia: Sebelum Bintang Malaysia, Greg Nwokolo Lebih Dulu Menikmati Atmosfera Liga Portugal

“Kelab ‘Monitor’ Pemain Kami Dan Offer, Bukan Guna Atau Suruh Kroni Tun Ambil. Tolong Jangan Samakan.” – TMJ

Penulis Bola Sepak Indonesia Ini Puji Langkah Luqman Hakim Tinggal Bersama Keluarga Angkat Di Belgium