Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuarat kali ketiga bagi penggal 2021-2025 pada Jumaat, 30 April 2021 telah mencapai keputusan berikut:

1. Pegawai-pegawai Pasukan Terengganu FC

Kesalahan: Melanggar Artikel 54 (b) Kod Tatatertib FAM iaitu perlakuan pegawai-pegawai pasukan Terengganu FC terhadap kumpulan pengadil pada perlawanan Liga Super 2021, Sabah FC lwn Terengganu FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 21 Mac 2021.

Hukuman: Pegawai-pegawai pasukan Terengganu FC dikenakan hukuman denda sebanyak RM20,000 akibat daripada tindakan mereka yang berkelakuan tidak wajar kerana telah mengugut dan/atau mengganggu kumpulan pengadil semasa dan selepas perlawanan sehingga memerlukan campur tangan pihak polis.

Pegawai-pegawai pasukan Terengganu FC juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu.

2. Pengurus Pasukan Terengganu FC – Zul Fadli Rozi

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan dan cubaan menyerang kumpulan pengadil pada perlawanan Liga Super 2021, Sabah FC lwn Terengganu FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 21 Mac 2021.

Hukuman: Bagi pertuduhan pertama, pegawai ini dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda sebanyak RM10,000 akibat daripada tindakannya yang berkelakuan tidak bersemangat sukan terhadap Pengadil Perlawanan dan/atau kumpulan Pengadil Perlawanan apabila setelah tamat perlawanan di atas, beliau telah mengeluarkan kata-kata kesat ke arah Pengadil Perlawanan dan/atau kumpulan Pengadil Perlawanan.

Bagi pertuduhan kedua, pegawai ini dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan akibat daripada tindakannya yang berkelakuan tidak bersemangat sukan terhadap Pengadil Perlawanan dan/atau kumpulan Pengadil Perlawanan apabila setelah tamat perlawanan di atas, beliau telah cuba menyerang Pengadil Perlawanan dan/atau kumpulan Pengadil Perlawanan yang ingin masuk ke bilik persalinan pengadil.

Penggantungan empat perlawanan yang dikenakan ke atas pegawai ini adalah seperti berikut, tertakluk kepada sebarang pindaan jadual perlawanan oleh pihak penganjur:

i. Perlawanan Liga Super 2021, Terengganu FC lwn Penang FC pada 1 Mei 2021.

ii. Perlawanan Liga Super 2021, Terengganu FC lwn UiTM FC pada 4 Mei 2021.

iii. Perlawanan Liga Super 2021, Selangor FC lwn Terengganu FC pada 9 Mei 2021; dan

iv. Perlawanan Liga Super 2021, Terengganu FC lwn Perak FC pada 9 Julai 2021.

Pegawai ini juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu.

3. Pegawai Pasukan Terengganu FC – Mohd Shukri Che Zakaria

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan pada perlawanan Liga Super 2021, Sabah FC lwn Terengganu FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 21 Mac 2021.

Hukuman: Pegawai ini dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda sebanyak RM5,000 akibat daripada tindakannya yang berkelakuan tidak bersemangat sukan apabila mengeluarkan kata-kata kesat ke arah Penolong Pengadil 1, Mohd Junaidy Abd. Samad semasa perlawanan tersebut.

Penggantungan dua perlawanan yang dikenakan ke atas pegawai ini adalah seperti berikut, tertakluk kepada sebarang pindaan jadual perlawanan oleh pihak penganjur:

i. Perlawanan Liga Super 2021, Terengganu FC lwn Penang FC pada 1 Mei 2021.

ii. Perlawanan Liga Super 2021, Terengganu FC lwn UiTM FC pada 4 Mei 2021.

Pegawai ini juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan denda boleh dirayu.

4. Pemain Kedah Darul Aman FC – Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam

Kesalahan: Melanggar Artikel 51.1 (a) Kod Tatatertib FAM iaitu salah laku terhadap pegawai pertandingan pada perlawanan Liga Super 2021, Kedah Darul Aman FC lwn Terengganu FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 9 April 2021.

Hukuman: Pemain ini dikenakan hukuman penggantungan empat perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan didenda sebanyak RM10,000 akibat daripada kad merah yang diterimanya pada perlawanan tersebut.

Penggantungan empat perlawanan yang dikenakan ke atas pemain ini adalah seperti berikut, tertakluk kepada sebarang pindaan jadual perlawanan oleh pihak penganjur:

i. Perlawanan Liga Super 2021, Perak FC lwn Kedah Darul Aman FC pada 17 April 2021 (penggantungan automatik).

ii. Perlawanan Liga Super 2021, Melaka United FC lwn Kedah Darul Aman FC pada 30 April 2021.

iii. Perlawanan Liga Super 2021, Kedah Darul Aman FC lwn Johor Darul Ta’zim pada 4 Mei 2021; dan

iv. Perlawanan Liga Super 2021, Sabah FC lwn Kedah Darul Aman FC pada 8 Mei 2021.

Pemain ini juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan boleh dirayu.

5. Pemain Kedah Darul Aman FC – Rodney Celvin Akwensivie

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1 (d) Kod Tatatertib FAM iaitu salah laku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan pada perlawanan Liga Super 2021, Kedah Darul Aman FC lwn Terengganu FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 9 April 2021.

Hukuman: Pemain ini dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik akibat daripada kad merah yang diterimanya pada perlawanan tersebut.

Penggantungan dua perlawanan yang dikenakan ke atas pemain ini adalah seperti berikut, tertakluk kepada sebarang pindaan jadual perlawanan oleh pihak penganjur:

i. Perlawanan Liga Super 2021, Perak FC lwn Kedah Darul Aman FC pada 17 April 2021 (penggantungan automatik); dan

ii. Perlawanan Liga Super 2021, Melaka United FC lwn Kedah Darul Aman FC pada 30 April 2021.

Pemain ini juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan tidak boleh dirayu.

Park Hang-seo Sah Hilang Khidmat Nguyen Trong Hoang Dalam Aksi Kelayakan Piala Dunia 2022

TERKINI: Kedah Dalam ‘Kumpulan Maut’ AFC Cup 2021 Zon ASEAN, Terengganu Miliki Laluan Selesa

Media Jepun Ini Dedahkan Honda Keisuke Terima Tawaran Untuk Beraksi Dengan Pasukan Selangor