Setelah dua musim ditangguhkan akibat penularan wabak COVID-19, saingan Piala FA kini kembali mewarnai Liga Malaysia pada musim 2022 dengan penyertaan sebanyak 34 pasukan daripada Liga Super, Liga Premier dan Liga M3.

Malah, saingan Piala FA pada musim ini akan menampilkan format baharu dimana aksi suku akhir dan separuh akhir hanya akan dijalankan sekali sahaja dan bukannya dua kali seperti sebelum ini.

“Liga-M 2022 bakal menyaksikan saingan Piala FA akan kembali dipertandingkan dengan durasi yang lebih singkat. Ia bagi memberikan peluang kepada pemain untuk menyertai latihan pusat skuad kebangsaan.

“Ia termasuklah dari segi proses kuarantin yang perlu dilalui oleh pemain-pemain yang menyertai Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam.

Pada tahun 2019 iaitu edisi terakhir sebelum ditangguhkan ekoran COVID-19, pasukan Perak berjaya mara ke perlawanan akhir sebelum tewas di tangan pasukan Kedah.

Majlis Undian Piala FA musim 2022 akan berlangsung pada pukul 8.30 malam ini dan akan disiarkan secara langsung di unifiTV 701, YouTube MFL dan Facebook Live MFL.

Sesi undian pertama akan dijalankan dengan undian bagi pusingan kelayakan (Play-off) yang melibatkan 16 kelab dari Liga M3.

Seterusnya diikuti dengan undian bagi pusingan pertama yang melibatkan 10 kelab Liga M3 yang mendapat ‘bye’, 12 kelab dari Liga Super 2022 dan 7 kelab dari Liga Premier 2022.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Jadual Liga Malaysia 2022 Sudah Dikemaskini, Beberapa Perlawanan Akan Bermula Pukul 8.15 Malam

RASMI: Luno Diumumkan Selaku Rakan Pelaburan Kripto, Penaja Liga Super Malaysia Dan Piala Malaysia 2022

Kedah Tekad Kalahkan JDT Untuk Jadi Juara Liga Super 2022