Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Menurut satu laporan dari media sukan tersohor Thailand, SiamSport 2 pemain muda dari Thailand akan beraksi bersama kelab dalam saingan JLeague mulai musim 2019.

Kedua-dua pemain itu yang kini bersama kelab BGC Pathum United (dahulunya dikenali dengan nama Bangkok Glass FC) iaitu Thitipan Puangjan alan menyertai Cerezo Osaka secara pinjaman selama 1 musim mulai musim 2019 nanti. Thitipan Puangjan yang berumur 25 tahun itu juga merupakan vice-captain skuad kebangsaan Thailand yang beraksi dalam saingan AFF Suzuki 2018 yang sedang berlangsung.

42832427_10156865689469974_8760596509075963904_o

Jakkrit Larbtrakul

Manakala seorang lagi pemain tengah BGC Pathum United, Jakkrit Larbtrakul berusia 23 tahun turut mengikuti jejak pemain lain apabila akan ke Jepun untuk dipinjamkan kepada sebuah kelab J2 League (nama kelab masih tidak didedahkan).

Deal Thitiphan Puangjan diantara BGC Pathum United dan juga Cerezo Osaka dikatakan akan melibatkan pertukaran dengan seorang pemain pertahanan kelab Jepun itu dengan BGC Pathum United.

Ketika ini, Chaowat Veerachat sedang beraksi dengan Cerezo Osaka U23 dalam saingan J3 League selepas dipinjamkan selama 1 musim mulai Januari 2018. Mengikut data rasmi JLeague, Chaowat telah membuat 11 penampilan dengan 613 minit permainan dalam liga divisyen 3 Jepun itu.

DgTllGtVAAAlSrK

Dengan Thitipan Puangjan akan beraksi dengan Cerezo Osaka (J3 League jika beraksi dengan Cerezo Osaka U23), menjadikan 2 pemain Thailand akan turun dalan aksi J1 League musim hadapan selain Chanathip Songkrasin.

Teerasil Dangda (Sanfrecce Hiroshima) dan Theerathon Bunmathan (Vissel Kobe) masih berstatus pinjaman selama sehingga tamat musim 2018.

 

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group