Dalam satu kemaskini terbaru AFC Club Competitions Ranking oleh pihak AFC, Thailand telah berjaya memintas Australia, untuk berada dikedudukan ke 8 keseluruhan ranking kelab di Asia.

Thailand yang mengutip 57.403 mata (3.480 mata FIFA dan 53.923 mata kelab) mengatasi Australia yang hanya mampu mengumpul 53.916 ( 9.629 mata FIFA dan 44.287 mata kelab) dengan perbezaan 3.487 mata secara keseluruhan.

Kedudukan ranking AFC Club Competitions Ranking ini penting kerana ia akan menentukan bilangan kuota pasukan kelab yang dibenarkan bermain dalam saingan AFC Champions League.

Jika Thailand berjaya mengekalkan kedudukan di tangga ke 8 ini, mereka akan mempunyai 2 wakil kelab diperingkat kumpulan AFC Champions League 2021 nanti dan 1 lagi pasukan dalam saingan kelayakan 2.

32965904_1944920758866026_6853173486785921024_o

Nota: AFC masih belum mengeluarkan sebarang tarikh bagi pengiraan kedudukan pasukan untuk menentukan kuota setiap negara ketika ini.

Bagi Malaysia pula, slot AFC Champions League 2019 dan 2020 sudah pasti menjadi milik kita, tetapi dapat dilihat dari kedudukan ranking AFC Club Competitions Ranking terkini, pasukan dari Filipina semakin merapatkan kedudukan mata.

Filipina kini mengutip 29.053 mata ( 3.975 mata FIFA dan 25.078 mata kelab), perbezaan sebanyak 3.896 mata, dan angka ini mungkin akan menjadi lebih kecil kerana mereka mempunyai wakil saingan AFC Cup 2018 diperingkat ASEAN Zonal Final.

Seteru Malaysia sebelum ini, Hong Kong, kini berada di ranking ke 18 AFC Club Competitions Ranking dengan jumlah 26.982 mata, berbeza 5.967 mata dengan Malaysia. Perbezaan ini adalah kerana kegagalan Hong Kong mengutip mata yang banyak dalam saingan AFC Champions League 2017 dan 2018.

2018-06-02_11-28-14

Gambar diatas menunjukkan kedudukan AFC Club Competitions Ranking terbaru yang dikemaskini oleh AFC.

Sumber