Bekas penyerang JDT pada musim 2015, Alhaji Kamara berjaya menjaringkan 2 gol penting untuk skuad kebangsaan Sierra Leone mengikat skuad Super Eagles 4-4 dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi.

4 gol dalam tempoh 29 minit dijaringkan oleh pasukan Nigeria itu pada awalnya dilihat seperti bakal membelasah Sierra Leone tanpa belas kasihan.

Alhaji Kamara menjaringkan gol pada minit ke 72 untuk merapatkan kedudukan 2-4, sebelum menyumbat gol penyamaan 4-4 pada minit ke 86 permainan, mengecewakan Super Eagles yang mungkin terlalu selesa pada separuh masa kedua.

Saksikan highlight perlawanan diantara Nigeria bertemu Sierra Leone dan nikmati 8 gol yang dijaringkan.

Keputusan seri itu juga sedikit sebanyak membantu Sierra Leone untuk merebut tempat ke saingan AFCON dimana mereka kini berada ditempat ke-3 kumpulan dengan kutipan 2 mata dari 3 perlawanan.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiΒ  sediakan untuk anda.

Luqman Hakim Semakin Sado Sejak Bersama KV Kortrijk, Siapkan Badan Untuk Cabar Bola Sepak Eropah!

Cadangan Pasukan ‘Graduan’ AMD Dalam Liga Premier, Platform Terbaik Maksimakan Bakat Muda Elit?

Tonton Video Tembual Hadi Fayyadh Dalam Bahasa Jepun Yang Amat Membanggakan