Kem latihan pusat skuad kebangsaan Bangladesh dilanda musibah apabila 18 pemain disahkan positif wabak COVID-19 ketika ujian saringan dilakukan terhadap semua pemain dan pegawai pasukan.

Minggu lepas, 36 pemain telah dipanggil untuk menjalani latihan di utara bandar Dhaka sebagai persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Federasi Bola Sepak Bangladesh (BFF) mengesahkan 21 pemain telah melalui ujian saringan pertama dan beberapa pemain didapati positif kecuali barisan jurulatih dan pegawai pasukan.

9DEC50DC-8567-460A-81ED-55684FCD356F

Mereka kemudian melakukan ujian kedua terhadap 12 pemain, namun 7 daripadanya turut didapati positif COVID-19.

“Kami mengesahkan perkembangan itu, mereka kini sedang menjalani proses kuarantin,” kata kenyataan rasmi daripada BFF.

“Kami harap mereka cepat sembuh dan kembali menjalani latihan seperti biasa,” tambah kenyataan itu.

Menurut media Bangladesh, beberapa pemain melahirkan kerisauan mereka tetapi ketua jurulatih, Jamie Day tidak begitu bimbang dengan tahap kesihatan pemain kerana yakin mereka akan pulih dalam masa terdekat.

Dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022, Bangladesh dijadualkan bertemu Afghanistan pada 8 Oktober 2020.

Baca juga artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Mario Gomez Tinggalkan Arema FC, Kemungkinan Kembali Semula Ke Liga Malaysia

Warganet Indonesia Mahu Indra Sjafri Ganti Maurizio Sarri Sebagai Pengurus Juventus

FA Thailand Berdepan Masalah ‘Cash Flow’ Kritikal, Perlu Meminjam Duit Untuk ‘Survival’