Pertemuan Malaysia dan Thailand dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 malam esok bukan sahaja memberikan impak besar kepada kedudukan kedua-dua pasukan dalam kumpulan G, namun turut mempunyai magnitud yang besar dari perspektif FIFA ranking.

Malaysia memiliki merit yang lebih besar sekiranya berjaya menumpaskan pasukan bimbingan Akira Nishino malam esok, hampir sekali ganda berbanding merit yang diterima oleh Thailand sekiranya mampu mencatatkan kemenangan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Berikut adalah impak pergerakan mata FIFA ranking pasukan Malaysia berdasarkan keputusan perlawanan malam esok;

1.Malaysia menang keatas Thailand

  • Jika pasukan Malaysia menang, kita akan memperolehi +16.67 mata FIFA ranking, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,028.86 mata.

2. Malaysia seri bertemu Thailand

  • Sekiranya perlawanan esok berakhir dengan keputusan seri, Malaysia akan memperolehi +4.17 mata, menjadikan kutipan keseluruhan kepada 1,016.36 mata.

3. Malaysia tewas kepada Thailand

  • Namun, jika Malaysia tewas (mohon dijauhkan) kepada Thailand, kita akan kehilangan -8.33 mata FIFA ranking yang menjadikan jumlah pungutan keseluruhan kepada 1,003.86 mata.

Ini sebenarnya peluang besar kepada Malaysia untuk menambah mata FIFA ranking selain fokus utama pasukan untuk mengutip 3 mata penuh untuk meneruskan perjalanan untuk layak secara automatik ke Piala Asia 2023.

Baca juga artikel berkaitan bola sepak Asia lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Akira Nishino Tidak Benarkan Pemain Thailand Ditemu Bual Wartawan

Akira Nishino Tidak Ambil Peduli Mengenai Rekod Pasukan Thailand Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Kapten Thailand: Perbezaan Rumput Mungkin Beri Impak, Nittiphong Selanon Calon Utama Kekang Safawi-Sumareh

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group