Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan mengesahkan kira-kira 1,500 pegawai dan anggota polis akan bertugas menjaga keselamatan dan lalu lintas sepanjang perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Mereka akan bertugas secara berperingkat mulai pukul 1.00 tengah hari ini. Djangka 85,000 penyokong termasuk 6,700 penyokong dari Indonesia akan membanjiri perkarangan stadium.

Mazlan juga mengingatkan penyokong kedua-dua pasukan agar tidak melakukan sebarang provokasi ketika perlawanan berlangsung.

“Polis akan mengambil tindakan keras bergantung kepada kesalahan yang dilakukan,” katanya seperti dipetik dalam Bernama.

1,500 pegawai, anggota polis bertugas kawal selia keselamatan dan lalu lintas di Stadium Bukit Jalil esok – Ketua Polis KL

Posted by BERNAMA on Sunday, 17 November 2019

Selain itu, para penyokong juga dilarang membawa barangan yang berbahaya ke stadium iaitu mercun, pen laser, sebarang senjata dan minuman keras.

Orang ramai turut dinasihat menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan tindakan menunda akan diambil bagi kenderaan yang diparkir sesuka hati sehingga menghalang laluan.

Tahukah anda, pengendali pengangkutan awam seperti LRT melanjutkan tempoh operasi sehingga pukul 1 pagi untuk kemudahan penyokong Harimau Malaya. Baca pautan dibawah untuk maklumat lanjut.

Tempoh Operasi Stesen LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Sehingga Pukul 1 Pagi Sempena Perlawanan ‘Derbi Nusantara’

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group