Baru-baru ini pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengeluarkan senarai penuh kelab-kelab yang telah berjaya lulus perlesenan kelab AFC bagi sainga AFC Cup dan AFC Champions League 2021 nanti.

Dari senarai tersebut, VOCKET FC telah mengecilkan skop dan memberikan fokus kepada kelab-kelab bagi negara-negara ASEAN sahaja untuk lebih mudah kita perhatikan.

Berdasarkan carta yang telah kami sediakan dibawah ini, jelas kelab bola sepak dari Myanmar telah mendahuAlui negara-negara lain dirantau ASEAN apabila 15 buah kelab mereka berjaya menerima perlesenan kelab AFC Champions League (ACL) bagi musim 2021.

Thailand dan Vietnam pula berada ditempat kedua dan ketiga dengan masing-masing mempunyai 12 dan 13 kelab. Malaysia pula berada dikedudukan ke-4 dengan 8 pasukan diikuti oleh Indonesia (7), Singapura (5) dan Filipina (3).

AFC Club

4 lagi negara seperti Kemboja, Brunei, Laos dan Timor Leste pula menerima kelulusan perlesenan kelab untuk beraksi dalam saingan AFC Cup seperti carta diatas.

Secara keseluruhannya di Asia, Jepun seperti biasa mendahului kedudukan ditempat pertama apabila semua 52 buah kelab mereka menerima kelulusan perlesenan kelab ACL walaupun 25 daripadanya menerima kelulusan bersyarat.

Senarai kelab dari Malaysia yang menerima kelulusan adalah;

  • Johor Darul Ta’zim (JDT)
  • Kedah
  • Terengganu
  • Perak
  • Selangor
  • PJ City
  • Felda United
  • Kuala Lumpur FA

Untuk melihat senarai penuh kelulusan boleh rujuk pautan berikut untuk kelulusan perlesenan kelab ACL dan perlesenan kelab AFC Cup.