Selepas tamat semua perlawanan peringkat kumpulan kejohanan AFC Champions League 2021 Zon Asia Timur dengan pasukan BG Pathum United muncul selaku pasukan tunggal dari ASEAN layak ke pusingan seterusnya berada dalam senarai 8 kelab terbaik Asia Timur ketika ini.

Vocket FC hari ini mahu membawakan kepada anda semua berkenaan 15 fakta menarik yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh pihak AFC bagi perlawanan-perlawanan diperingkat kumpulan sebelum ini.

15 Fakta Menarik AFC Champions League 2021 Zon Asia Timur

  1. Sebanyak 340 gol telah dijaringkan dalam perlawanan-perlawanan peringkat kumpulan AFC Champions League 2021, dimana ia merupakan rekod sepanjang zaman sejarah penganjuran. Rekod sebelum ini adalah sebanyak 303 gol pada musim 2017.
  2. Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale telah menang semua 6 perlawanan peringkat kumpulan. Ini adalah kali ke-2 dilakukan oleh Ulsan Hyundai selepas kali pertama melakukannya pada 2012, manakala Kawasaki Frontale adalah kelab Jepun ke-2 menang semua perlawanan selepas Kashima Antlers pada 2010.
  3. 4 kelab berbeza dalam AFC Champions League 2021 telah menjaringkan lebih 7 gol dalam 1 perlawanan iaitu Daegu FC, Jeonbuk Hyundai, Gamba Osaka dan Kawasaki Frontale (2kali).
  4. Ulsan Hyundai menang 15 perlawanan berturut-turut dalam AFC Champions League, memecahkan rekod sebelum ini sebanyak 11 perlawanan yang dipegang oleh mereka sendiri pada musim 2012-2014.
  5. Kawasaki Frontale berjaya menjaringkan 27 gol dalam kempen peringkat kumpulan AFC Champions League 2021. Dalam sejarah penganjuran, hanya 1 pasukan berjaya menjaringkan lebih dari jumlah itu – Kashima Antlers pada musim 2008 dengan 28 gol.
  6. Kawasaki Frontale telah menang 7 perlawanan berturut-turut dalam AFC Champions League – rekod sepanjang zaman untuk kelab. Hanya ada 1 pasukan Jepun yang berjaya menang lebih dari jumlah tersebut iaitu Gamba Osaka dengan 8 perlawanan pada musim 2008-2009.team of the round
  7. Guangzhou Evergrande mencipta rekod sebagai pasukan pertama dari China yang kalah dalam semua 6 perlawanan peringkat kumpulan dalam 1 kempen AFC Champions League.
  8. Ratchaburi FC muncul sebagai pasukan ke-2 dalam sejarah, apabila gagal menjaringkan sebarang gol untuk 6 perlawanan pertama di AFC CHampions League selepas kelab dari Iran, Shahr Khodrou pada musim 2020.
  9. Kelab Al-Hilal muncul sebagai pasukan paling banyak membuat hantaran apabila berjaya merekodkan 3,862 hantaran dalam AFC Champions League 2021, diikuti oleh Kawasaki Frontale dengan 3,673 hantaran. Walau bagaimanapun, Kawasaki Frontale merupakan pasukan paling banyak melakukan hantaran dalam kawasan pihak lawan dengan 2,554 hantaran.
  10. Cerezo Osaka mencatatkan 67.2% purata penguasaan bola dalam kempen peringkat kumpulan AFC Champions League 2021, seterusnya muncul sebagai pasukan Asia Timur paling tinggi. Hanya Al Hilal (67.7%) yang berjaya mengatasi angka ini.
  11. Beijing FC gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam peringkat kumpulan musim ini mengulangi perkara sama pada musim 2012. Mereka hanya berjaya menjaringkan 3 gol musim ini dan salah 1 gol adalah yang terpantas dalam kempen AFC Champions League 2021 ketika United City FC dari Filipina – 37 saat!
  12. Pemain Jeonbuk Hyundai, Gustavo muncul sebagai pemain paling banyak terlibat dalam menghasilkan jaringan musim ini apabila mencatatkan 7 gol dan 3 bantuan gol. Lebih menarik, 7 gol tersebut adalah hasil dari hanya 10 percubaan ke sasaran.
  13. Shin Jin-ho, pemain kelab Pohang Steelers telah mencatatkan jumlah hantaran paling tinggi (470) dan 423 daripadanya adalah complete passes. Tiada pemain lain yang berjaya mencipta peluang lebih banyak untuk Pohang Steelers selain dari beliau (14) – sama seperti rakan sepasukannya Lim Sang-Hyub.
  14. Mehdi Torabi, pemain kelab Persepolis telah mencipta 20 peluang dalam aksi peringkat kumpulan AFC Champions League 2021. Cleiton Oliveira Velasques (Kitchee FC), Yasuto Wakizaka (Kawasaki Frontale) dan Edmilson Junior (Al-Duhail) berada ke tempat ke-2 dengan mencipta 19 peluang.
  15. Kapten kelab United City FC dari Filipina, Stephan Schröck berjaya mencipta 10 peluang dalam perlawanan ke-5 bertemu Beijing FC. Ini adalah rekod bagi mana-mana pemain dalam perlawanan AFC Champions League sejak 2013 menurut Opta.

Mungkin masih ramai lagi peminat bola sepak di Malaysia yang tidak memberikan tumpuan kepada aksi AFC Champions League, tetapi sudah ada banyak peningkatan jika dibandingkan dengan 5 tahun dahulu.

Teruskan sokongan anda untuk AFC Champions League, kerana inilah pentas untuk kelab anda berada dalam saingan elit Asia dan seterusnya mencipta nama diperingkat lebih tinggi.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

MA Ranking: JDT Raih 4 Mata Berharga Bantu Malaysia Kekalkan Slot AFC Champions League Musim 2023

Selepas 28 Tahun Liga Profesional Dilancarkan, Kini J.League Disiarkan Secara LIVE Di 66 Buah Negara

Pasukan Bola Sepak Universiti Jepun Ini Berjaya Lahirkan 120 Orang Pemain Pro Dalam Tempoh 22 Tahun.

Sumber