Pertandingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2023 bagi kategori lelaki akan bermula pada Sabtu, 18 Februari 2023 dengan disertai oleh 14 pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut zon.

Kumpulan A terdiri daripada pasukan ATM, Kedah, KPT-PST Mustangs, Pahang Rangers FC, Pulau Pinang, Sabah dan Terengganu.

Sementara Kumpulan B menampilkan pasukan Johor Darul Ta’zim, KL City FC, Kuala Lumpur, PFA Odin Sarawak, Selangor MAC, Selangor TOT United dan Shah Alam City.

Pertandingan dijalankan secara format liga dua pusingan (home & away) di venue pilihan pasukan yang mana setiap pasukan akan beraksi sebanyak 12 perlawanan

Empat pasukan teratas Kumpulan A dan B seterusnya akan mara ke pusingan kalah mati iaitu Suku Akhir secara satu pusingan (venue perlawanan akan diundi) serta Separuh Akhir dan Final secara timbal balik di venue pilihan pasukan.

Selepas berakhir saingan liga tersebut, Malaysia Futsal Cup (MFC) 2023 pula bakal menyusul pada Ogos dan September 2023.

Ia akan disertai lapan pasukan iaitu enam pasukan yang layak automatik – tiga pasukan teratas Kumpulan A dan B pada MPFL 2023 serta dua pasukan pemenang dari pusingan kelayakan iaitu pasukan tempat keempat dan kelima Kumpulan A dan B.

Format pertandingan MFC 2023 ialah kalah mati secara timbal balik – home dan away iaitu bermula dari Suku Akhir, Separuh Akhir dan Final.

Sebagai rekod, Selangor MAC merupakan pemenang bagi dua edisi berturut-turut selepas menjuarai saingan 2019 dan 2022 dimana kempen liga paling berprestij itu tidak dapat dijalankan selama dua tahun akibat wabak COVID-19 yang melanda tanah air.

Namun musim ini dijangka lebih sengit dengan kemunculan pasukan JDT yang membuat penampilan sulung dalam kancah MPFL danĀ  kini sedang giat dalam memantapkan pasukan dengan kehadiran sebahagian besar pemain kebangsaan.

Antara pemain yang dimaksudkan ialah Azrul Hadee Mohd Taufik (penjaga gol), Azri Rahman, Muhd Ekmal Sharin, Azwann Ismail serta pemain berkualiti tinggi seperti Saad Sani, Firdaus Ambiah dan Danial Dain.