Pasukan gergasi saingan Thai League 1, Buriram United beberapa hari lalu telah membuat pengumuman bahawa mereka akan membuka tempahan bagi jersi baru ‘The Thunder Castle‘ untuk musim 2020.

Berdasarkan maklumat yang dimuat naik di laman sosial rasmi Buriram United, menggunakan tema ‘You Buy, You Reduce‘, penghasilan jersi Buriram United musim 2020 adalah menggunakan bahan-bahan kitar semula iaitu botol plastik.

Sehelai jersi Buriram United musim depan dikatakan diperbuat menggunakan 14 biji botol plastik yang dikitar semula, menggalakkan para penyokong membeli sambil membantu mengurangkan sampah.

Material ini dilihat sebagai satu langkah untuk menyokong usaha kesedaran menjaga alam sekitar.

Tempahan jersi itu boleh dibuat mulai 1 hingga 8 Disember 2019 dengan harga THB690 atau RM95 sehelai. Semua tempahan yang dibuat melalui kedai-kedai, akan menerima jersi pada 14 Disember 2019, manakala bagi yang membuat tempahan secara online pula, penghantaran akan dibuat pada 13 Disember 2019.

Sebagai rekod, jersi home Buriram United musim 2019 telah terjual sebanyak 40,196 helai pada hari pertama jualan dibuka awal tahun ini. Sama-sama kita nantikan, berapa banyak jersi Buriram United terjual dalam tempoh 8 hari tempahan dibuka bulan hadapan.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Buriram United Jana RM3.52 Juta Hasil Jualan Jersi Pada Hari Pertama Pelancaran

31 Hari Selepas Pelancaran Jersi 2019, Buriram United Raih Jualan Berjumlah RM16.13 Juta

3 Fakta Menarik Mengenai Jersi Buriram United Sempena Ulang Tahun Ke 10 Penubuhan Kelab