Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kejohanan bola sepak Piala Dunia Russia 2018 semestinya dinantikan oleh pelbagai lapisan masyarakat muda atau tua, lelaki mahupun wanita. Semuanya tidak mahu terlepas untuk menyaksikan kejohanan bola sepak peringkat tertinggi dunia ini yang hadir 4 tahun sekali.

Bagi mereka yang terpaksa membuat perjalanan jauh menggunakan kapal terbang, pastinya mempunyai rasa gelisah kerana tidak dapat menyaksikan perlawanan yang dinantikan. Melihat kemaskini keputusan secara online sudah tentu tidak mencukupi tanpa meilihat aksi sebenar dikaca TV.

13 Syarikat Penerbangan Ini Menyediakan Live Streaming Piala Dunia 2018 Secara Percuma

Melihat kepada permintaan untuk ‘produk’ ini, sebuah syarikat penyiaran online milik IMG, Sport24 akan menyiarkan semua 64 perlawanan Piala Dunia Russia 2018 secara langsung kepada syarikat penerbangan yang terlibat.

Menurut kemaskini dari laman web Aircraft Interior International, saluiran Sport 24 akan dapat diakses dalam 750 buah pesawat milik 13 syarikat penerbangan dibawah secara percuma.

  1. AeroMexico
  2. Air Italy
  3. American Airlines
  4. ANA
  5. Emirates
  6. Etihad
  7. Garuda Indonesia
  8. HongKong Airlines
  9. Lufthansa
  10. Qatar Airways
  11. Thai
  12. Turkish Airlines
  13. WestJet

“Kejohanan FIFA Piala Dunia merupakan acara sukan yang paling mendapat sambutan diseluruh dunia, dan kami berbesar hati tetamu kami yang terbang bersama syarikat penerbangan yang bekerjasama dengan kami dapat menikmati siaran secara langsung didalam penerbangan”, kata Richard Wise, Senior Vice President Content & Channel IMG Media.

“Liputan kami semasa kejohanan Piala Dunia 2014 yang lalu sangat popular kepada viewers dan kami tidak sabar untuk melihat lebih banyak faedah untuk edisi kali ini”.

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group