Dalam jendela perpindahan terbaru bagi saingan Thai League 1, beberapa pasukan tersohor Thailand telah mengambil beberapa orang pemain yang memiliki taraf kewarganegaraan Filipina sebagai pilihan.

Ini termasuklah bekas pemain Kedah, Alvaro Silva yang baru sahaja diumumkan menyertai pasukan Suphanburi FC yang kini berada dikedudukan 15 liga.

Selain itu, ada juga beberapa pemain lain yang baru sahaja mengesahkan tempat mereka bersama pasukan dalam saingan Thai League 1 seperti Daisuke Sato – Muangthong United, seorang pemain pertahanan kiri yang sebelum ini beraksi untuk kelab divisyen 1 Romania, Sepsi OSK.

Seorang lagi pemain yang baru menyertai kelab Thai League 1 – Port FC, Martin Steuble yang sebelum ini beraksi untuk Ceres Negros dalam saingan Phillipines Football League.

Dengan pertambahan beberapa pemain dari Filipina berhijrah ke saingan Thai League 1, menjadikan keseluruhan 11 pemain dari negara itu kini beraksi dalam saingan liga yang terbaik dirantau ASEAN ini.

manuel ott
Aksi Manuel Ott dalam sesi latihan bersama Ratchaburi Mitr Phol FC

Senarai 13 Pemain Filipina Dalam Thai League 1

  1. Javier Patino (Penyerang) – Ratchaburi Mitr Phol, dipinjam dari Buriram United.
  2. Mark Hartmann (Penyerang) – Nakhon Ratchasima FC
  3. Manuel Ott (Pemain tengah) – Ratchaburi Mitr Phol
  4. Iain Ramsay (Pemain Tengah) – Sukothai FC
  5. Amin Nazari (Pemain Tengah) – Ratchaburi FC
  6. Kevin Ingreso (Pemain Tengah) – Buriram United
  7. Adam Reed (Pemain Tengah) – Chainat Hornbill
  8. Daisuke Sato (Pertahanan) – Muangthong United
  9. Stephen Palla (Pertahanan) – Buriram United
  10. Alvaro Silva (Pertahanan) – Suphanburi FC
  11. Martin Steuble (Pertahanan) – Port FC
  12. Marco Casambre (Pertahanan) – Chainat Hornbill
  13. Micheal Falkesgaard (Penjaga gol) – Bangkok United

Hikaru Minegishi, sekarang sedang beraksi bersama Chiangmai United dalam saingan Thai League 2. Manakala Gilmar Fernandez pula kini beraksi bersama Bangkok FC dalam saingan Thai League 3.

Hampir semua pemain-pemain dalam senarai diatas adalah merupakan pemain kacukan, tetapi mungkin aksi mereka yang baik berjaya menambat hati pasukan dalam saingan Thai League 1.

Jika diperhatikan dalam saingan PFL, beberapa pemain lain juga dilihat sudah bersedia untuk mempersembahkan aksi terbaik mereka dalam liga dirantau ASEAN, seterusnya memberikan impak kepada skuad kebangsaan Filipina.