Tragedi Kanjuruhan merupakan tragedi nahas stadium mengorban lebih 120 nyawa di Indonesia, apabila penyokong Arema bertembung dengan petugas keselamatan dan polis.

Insiden itu berlaku selepas penyokong Arema mengamuk pasukan mereka kalah dan masuk ke dalam padang untuk membuat kekacauan.

Dalam insiden tersebut CNN Indonesia melaporkan bahawa Ketua Polis Jawa Timur, Inspektor Jeneral Pol. Nico Arfianto mengesahkan seramai 127 orang maut dan kira kira 180 lagi cedera

Berikut adalah 11 tragedi nahas stadium yang paling teruk dalam sejarah bola sepak.

1. Tragedi 24 Mei 1964 Lima, Peru

Lebih 300 orang terbunuh dan 500 cedera dalam rusuhan di Stadium Nasional selepas Argentina menewaskan Peru dalam perlawanan kelayakan Olimpik.

Pada ketika itu, kekecohan tercetus apabila pengadil menolak gol Peru ketika perlawanan berbaki dua minit lagi.

2. Tragedi Pintu Neraka Di Buenos Aires 23 Jun 1968, Argentina

Seramai 74 orang terbunuh dan lebih 150 cedera selepas perlawanan River Plate vs Boca Juniors yang merupakan perlawanan permusuhan paling panas dalam bola sepak.

Stadium Monumental menyaksikan tragedi gelap antara kedua-dua pasukan ini. Penyokong Boca Juniors tersepit tidak dapat keluar dari pintu 12 selepas permainan tamat.

Dalam kejadian di River Plate itu, daripada 74 yang terbunuh, 71 daripadanya dikenal pasti sebagai penyokong Boca Juniors dan 133 cedera parah.

Orang ramai bola sepak Argentina kemudiannya turut menggelarnya sebagai Pintu Neraka kerana beribu-ribu orang meluru masuk ke lorong tanpa menyedari mereka yang berada di lorong itu tidak dapat membuka pintu.

3. Tragedi 2 Januari 1971 Glasgow, Scotland

Stadium Taman Ibrox di Glasgow. Seramai 66 peminat kelab bola sepak itu meninggal dunia selepas perlawanan antara pesaing bandar Glasgow, Celtic dan Glasgow Rangers.

Bencana itu berlaku apabila penghadang itu berkecai dan runtuh ketika beribu-ribu peminat berjalan keluar dari stadium.

Kekacauan yang disebabkan oleh orang ramai sendiri yang tidak sedar.

4. Tragedi 20 Oktober 1982 Moscow, Rusia

Seramai 66 orang maut dalam kejadian ini. Saat itu tiba ketika penonton meninggalkan perlawanan Piala UEFA antara Spartak Moscow dan Haarlem, dari Belanda, di Stadium Luzhniki.

5. Tragedi Heysel 29 Mei 1985, Brussels.

39 orang terbunuh dalam rusuhan yang berlaku dalam perlawanan akhir Piala Juara-Juara (Liga) antara Liverpool dan Juventus di Stadium Heysel.

 

6. Nahas 12 Mac 1988 Kathmandu, Nepal

Sekurang-kurangnya 93 orang maut apabila beribu-ribu peminat bola sepak melompat ke pintu keluar stadium yang terkunci untuk melarikan diri apabila ribut tiba-tiba melanda.

7. Tragedi Hillsborough 15 April 1989, Sheffield, England

96 maut dan ratusan cedera di Stadium Hillsborough yang sesak.

Hillsborough boleh dikatakan tragedi bola sepak terburuk di UK.

Insiden itu tercetus pada separuh akhir Piala FA antara Liverpool dan Nottingham Forest pada 15 April 1989.

Ketika itu, peminat yang telah berpusu-pusu ke Stadium Hillsborough untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Malangnya, bilangan mereka terlalu ramai untuk memenuhi stadium yang kini berkapasiti 39 ribu orang.

Akibatnya, ramai penyokong bersesak sesak di tempat penonton.

Ini menyebabkan beberapa penyokong yang sudah berada di dalam terperangkap dengan penyokong lain dan tidak dapat ke mana-mana.

Ketika perlawanan baru berjalan beberapa minit, pengadil terpaksa memberhentikan perlawanan pada pukul 15.06, disebabkan orang ramai yang masuk ke padang.

Bagaimanapun, ini bukan pencerobohan biasa tetapi cubaan menyelamatkan diri daripada keadaan yang akhirnya meragut nyawa 96 penyokong.

 

Peristiwa yang membuatkan UK melarang tempat duduk teres bertingkat di dalam stadium.

8. Nahas 16 Oktober 1996 Guatemala City

Terdapat 84 orang terbunuh dan 147 cedera apabila penyokong yang panik telah terperangkap dan disekat sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Guatemala dan Costa Rica.

9. Tragedi 9 Mei 2001 Accra Sport Stadium, Ghana

Kira-kira 126 peminat bola sepak maut, Kejadian ini berpunca daripada perlawanan derby Liga Perdana Ghana, antara tuan rumah Hearts of Oak dan Asante Kotoko.

Apabila perlawanan memasuki minit ke-85 dengan Hearts of Oak menang dengan jaringan 2-1, penyokong Asante Kotoko mula kelihatan kecewa.

Mereka mula mengoyakkan kerusi dari tempat duduk dan melemparkannya ke padang.

10. Tragedi Port Said 1 Februari 2012, Mesir

Seramai 74 orang terbunuh dan lebih 500 lagi cedera selepas perlawanan antara al-Masry dan al-Ahly.

Detik buruk itu berlaku apabila ribuan peminat al-Masry menyerbu padang dan menyerang peminat pelawat.

11. Tragedi Kanjuruhan Indonesia 2022

Tragedi ini sangat ngeri. Di mana penyokong Arema menyerbu padang selepas bengang pasukan mereka kalah. Rusuhan penyokong membuatkan polis menembak gas pemedih mata.

Gas Pemedih Mata

Ramai yang mulai alami sesak nafas dan dipijak penyokong lain. 127 orang terkorban.