Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Skuad Vietnam yang dibimbing oleh ketua jurulatih dari Korea Selatan, Park Hang-seo merekodkan kemenangan 4-0 keatas Indonesia beberapa hari yang lalu dilihat cukup serasi diantara satu sama lain melalui gerakan-gerakan yang dilakukan.

Mungkin ada yang sudah pun tahu bahawa ramai pemain-pemain Vietnam yang dibawa ke Dubai ini adalah pemain yang menjadi ‘favourite‘ Park Hang-seo selepas beliau memegang jawatan ketua jurulatih skuad kebangsaan negara itu.

Tapi, berapa ramai sebenarnya?

Dalam artikel ini kami akan cuba merungkai senarai pemain-pemain yang dibawa oleh Park Hang-seo yang mungkin menjadi faktor mereka berjaya menghuni kedudukan teratas kumpulan G ketika ini.

Pemain Yang Turun Beraksi Berdepan Indonesia.

Ketika turun berdepan Indonesia dalam perlawanan pertama mereka di Dubai, Park Hang-seo telah melakukan pertukaran maksimum 5 pemain, menjadikan jumlah keseluruhan 16 pemain turun beraksi didalam padang.

11 orang pemain dari jumlah itu sebenarnya adalah pemain utama yang dibawa ke kejohanan AFC U23 Championship 2018 yang mana mereka muncul sebagai naib juara – pasukan ke-2 terbaik Asia!

Siapakah 11 pemain tersebut?

  1. Bui Tien Dung
  2. Doan Van Hau
  3. Luong Xuan Truong
  4. Nguyen Phong Hong Duy
  5. Nguyen Van Toan
  6.  Nguyen Cong Phuong
  7. Do Duy Manh
  8. Phan Van Duc
  9. Nguyen Thank Chung
  10. Vu Van Thanh
  11. Nguyen Quang Hai

Untuk aksi pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022 ini, Park Hang-seo membawa 29 pemain secara keseluruhan dan 15 orang daripadanya adalah pemain skuad AFC U23 Championship 2018.

Secara peratusan pula, 52% pemain skuad naib juara AFC U23 Championship 2018 berada dalam skuad kebangsaan Vietnam selepas 3 tahun mencipta sejarah di China.

17 Pemain Skuad Piala Asia 2019 Masih Kekal

Pada tahun 2019, Vietnam berjaya layak ke saingan suku akhir kejohanan Piala Asia yang pada ketika itu berlangsung di UAE juga.

Selepas meneliti senarai 23 pemain Vietnam yang beraksi di Piala Asia 2019, jika tidak mengira 3 pemain diposisi penjaga gol, 17 dari 20 pemain skuad Piala Asia 2019 kekal berada dalam skuad semasa Park Hang-seo.

VNT

Ini menunjukkan bahawa 85% pemain (selain penjaga gol) adalah pemain yang sama mara ke suku akhir Piala Asia 2019 sebelum tumpas 0-1 kepada Jepun pada ketika itu.

2 Tahun Berturut-Turut Beraksi Di Kejohanan Tertinggi Asia

2 kejohanan tertinggi Asia untuk pasukan kebangsaan menjadi platform yang amat bermakna untuk skuad Park Hang-seo membuktikan kemampuan dan kualiti mereka sebenarnya.

  1. AFC U23 Championship – Naib Juara
  2. AFC Asian Cup 2019 – Best 8

Kini, skuad kelayakan Piala Dunia 2022 Vietnam dianggotai oleh 20 pemain yang memiliki pengalaman bermain dalam sekurang-kurangnya 1 kejohanan diatas dan ini merangkumi 69% dari keseluruhan skuad yang ada di UAE kali ini.

Mungkin ini adalah satu jawapan mengapa skuad kebangsaan Vietnam ketika ini kelihatan cukup solid dan memberikan justifikasi selaku pendahulu kumpulan G.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Vietnam Hilang Khidmat Nguyen Quang Hai Berdepan Malaysia, Digantung Selepas Terima 2 Kad Kuning

“Gerakan Serangan Balas Laju, Beri Banyak Ruang Punca Barisan Pertahanan Mudah Dieksploitasi.”

Pengadil Kontroversi Dari Korea Selatan Di Sukan Asia 2018 Kendalikan Perlawanan UAE Dan Malaysia

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group