Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi telah mengeluarkan senarai akhir 25 pemain skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon yang akan beraksi pada FAS Tri-Nations Series 2022.

Skuad Malaysia dijadualkan bertemu pasukan Filipina pada Rabu, 23 Mac 2022 dan Singapura pada Sabtu, 26 Mac 2022, dengan kedua-dua aksi berstatus Perlawanan Antarabangsa Tier 1 ini akan berlangsung jam 8.00 malam di Stadium Nasional, Singapura.

Berdasarkan senarai diatas, hampir separuh barisan pemain adalah dari pasukan JDT (11 orang), diikuti oleh 2 pemain masing-masing dari pasukan Selangor dan Negeri Sembilan.

Selain itu 3 pemain yang berpangkalan diluar negara iaitu Luqman Hakim (KV Kortrijk), Dion Cools (Zulte Waregem) dan Liridon Krasniqi (Odisha) turut tersenarai dalam perlawanan FAS Tri-Nations Series 2022 ini.

Ini merupakan kali perlawanan rasmi pertama skuad Harimau Malaya dibawah bimbingan barisan kejurulatihan baharu Kim Pan Gon dalam misi mencari slot ke pusingan Piala Asia 2023.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Media Thailand Dedahkan ‘Revenue’ Thai League 2020 Menjunam 63%, Catat Kerugian Bersih RM3.76 Juta

Khalid Samad Letak Jawatan, Zahid Hamidi Bakal Naik Selaku Presiden Baharu KLFA?

Liga Super 18 Pasukan Dan Tiada Liga Premier Mulai 2023, Liga Simpanan Serta Liga B17 Ditubuhkan