Sehingga kini, 11 orang pemain dari Filipina sudah sah akan menyarung jersi pasukan kelab dalam saingan Thai League 1 musim 2020.

Jumlah itu sebenarnya adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan musim 2019 apabila ada kira-kira 17 orang pemain dalam saingan divisyen tertinggi bola sepak di Thailand itu.

Dari semua 17 pemain musim 2019 itu, salah seorang darinya iaitu Amin Nazari telah menyertai pasukan Kedah FA untuk musim 2020 dalam saingan Liga Super Malaysia, dan seorang lagi pemain iaitu Marco Casambre kekal bersama pasukan Chainat Hornbill.

D91jVpZVUAAqSG2

Berikut adalah senarai 11 pemain dari Filipina yang akan beraksi dalam saingan Thai League 1 2020;

  1. Michael Falkesgaard (Bangkok United)
  2. Kevin Ingresso (Buriram United)
  3. Alvaro Silva (BG Pathum United)
  4. Daisuke Sato (SCG Muangthong United)
  5. Martin Steubel (Port FC)
  6. Jesse Curan (SCG Muangthong United)
  7. Iain Ramsay (PT Prachuap)
  8. Luke Woodland (Ratchaburi)
  9. Manuel Ott (Ratchaburi)
  10. Patrick Deyto (Suphanburi)
  11. Patrick Reichelt (Suphanburi)

Pemain ASEAN Dalam Thai League 1 Musim 2020

Seperti yang kita sedia maklum, pemain dari Malaysia yang berkelana ke Thai League 1 setakat ini hanyalah Dominic Tan bersama Police Tero FC, manakala dari Singapura pula seramai 4 orang iaitu Irfan Fandi (BG Pathum United), Baihakki Khaizan (PT Prachuap), Izwan Mahbud (Trat FC) dan Zulfahmi Arifin (Suphanburi).

Berikut adalah senarai pemain ASEAN lain dalam saingan divisyen 1 Thailand musim 2020.

Myanmar:

  • Aung Thu ( Police Tero)
  • Kyaw Ko Ko (Sukhothai)
  • Zaw Min Tun (Sukhothai)

Indonesia:

  • Yanto Basna (PT Prachuap)

Laos:

  • Soukaphone Vongchiengkham
  •  Outthilath Nammakhoth

Kemboja:

  • Thierry Chanta Bin

Vietnam:

  • Dan Van Lam
  • Luc Xuan Hung

Artikel berkaitan dengan bola sepak Thailand dibawah telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

FA Thailand Beri Dana Tambahan RM2.33 Juta Kepada Kelab Thai League 2 Untuk Tujuan Pembangunan

Dominic Tan Sah Bakal Beraksi Dalam Saingan Thai League 1, Ikat Kontrak 2 Tahun Bersama Police Tero FC

‘Reserve Team’ Thai League Digantung Penyertaan Jika Gagal Berada Dalam ‘Top Half’ Liga Yang Mereka Sertai