Malaysia akan melayan kunjungan pasukan kebangsaan Indonesia dalam saingan separuh kedua pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung pada 19 November 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan ke 5 dari keseluruhan 8 perlawanan itu untuk kedua-dua pasukan adalah cukup penting kerana ia bakal memberikan petunjuk jelas berkaitan hala tuju pasukan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022 serta Piala Asia 2023, terutamanya pasukan Indonesia yang kini masih gagal mengutip sebarang mata.

Untuk pasukan Malaysia pula, kemenangan keatas pasukan Indonesia pula amat ditagih untuk terus bersaing merebut tempat ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 serta Piala Asia 2023.

78139806_2501403089956440_6140746456576819200_o

Berikut adalah impak pergerakan mata FIFA ranking pasukan Malaysia berdasarkan keputusan perlawanan bertemu Indonesia;

1.Malaysia menang keatas Indonesia

  • Jika pasukan Malaysia menang, kita akan memperolehi +11.21 mata FIFA ranking, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,040 mata.

2. Malaysia seri bertemu Indonesia

  • Sekiranya perlawanan esok berakhir dengan keputusan seri, Malaysia akan memperolehi -1.29 mata, menjadikan kutipan keseluruhan kepada 1,027.57 mata.

3. Malaysia tewas kepada Indonesia

  • Namun, jika Malaysia tewas (mohon dijauhkan) kepada Indonesia, kita akan kehilangan -13.79 mata FIFA ranking yang menjadikan jumlah pungutan keseluruhan kepada 1,015.07 mata.

Malaysia mampu untuk mengutip +31.12 mata secara keseluruhan dari 3 perlawanan pada bulan November ini dan jika ini menjadi kenyataan, ranking skuad Harimau Malaya dijangka akan melonjak 3 hingga 5 anak tangga lebih tinggi.

Selepas tamat perlawanan bertemu Indonesia pada hari Selasa nanti, hanya ada 1 perlawanan ditempat sendiri iaitu bertemu Vietnam pada 31 Mac 2020, manakala baki 2 perlawanan lagi adalah ditempat lawan – UAE pada 26 Mac 2020 dan Thailand pada 9 Jun 2020.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Komen Akira Nishino Selepas Malaysia Tumbangkan Thailand Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Syafiq Ahmad Dan Matt Davies Tidak Dapat Diturunkan Bertemu Indonesia Akibat Penggantungan 2 Kad Kuning

Rembatan Padu Mohamadou Sumareh Leburkan Rekod Tanpa Kalah Thailand

 

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group