Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan penajaan selama tiga tahun setengah dengan Fraser & Neave (F&N) yang bakal menyaksikan jenama 100PLUS, minuman isotonik nombor 1 Malaysia menjadi rakan rasmi pembekal isotonik kepada Harimau Selatan.

Menurut kenyataan rasmi, F&N juga mempunyai hak penjualan dan distrubusi di Stadium Sultan Ibrahim yang ikonik, perjanjian pertama seumpamanya dalam bolasepak Malaysia. Minuman F&N juga boleh didapati di kesemua perlawanan dan aktiviti yang berlangsung di ‘Home of the Southern Tigers’. 

Minuman isotonik memang mempunyai peranannya yang tersendiri dalam hidrasi terutamanya pemain bola sepak yang aktif bergerak di atas padang. Ia mengandungi kabohidrat bagi membantu menggantikan semula tenaga yang hilang dan membantu memperbetulkan kehilangan garam akibat perpeluhan berpanjangan.

Selain F&N, JDT juga sedang dalam proses memuktamadkan perjanjian dengan dua lagi syarikat antarabangsa. Sebelum ini, mereka sudah mempunyai usahasama bertaraf antarabangsa seperti SWAG, Nike dan Hublot.

Langkah itu juga adalah sebahagian daripada sasaran JDT untuk menjadi kelab bernilai RM1 billion seperti mana yang diumumkan oleh pemilik kelab, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) dalam sidang media tahun lepas.

“Benda ini amat positif apabila kelab yang kami bina ini, JDT mendapat sambutan hebat daripada syarikat luar negara dan ini akan membantu kami mencapai sasaran RM1 bilion,” kata TMJ dalam sidang media di ibu pejabat JDT pada 21 oktober 2020.

Ia membuktikan juara liga super 7 kali itu kini semakin dikenali di seluruh dunia dan dijangka akan menarik lebih banyak tajaan sekaligus mengekalkan status sebagai kelab bola sepak terbaik di Malaysia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan JDT melalui pautan dibawah. 

JDT Sekadar Terikat Tanpa Jaringan Dengan Ratchaburi

Benjamin Mora Akui Mental Pemain JDT Berubah Selepas Pohang Steelers Jaringkan Gol

Hong Wan: JDT Adalah Kelab Terbesar Dan Terbaik

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group