Permainan video Football Manager antara permainan yang paling popular di dunia dan ianya dianggap antara permainan yang membuat ketagihan kepada peminatnya.

Malah ada pengurus sebenar menggunakan permainan ini untuk melakukan scout ke atas pemain. Ya! Kerana beberapa data dalam permainan ini memang sangat bagus.

Bagi peminat FM, beberapa nama seperti Cherno Samba, Freddy Adu dan Mark Kerr antara pemain yang mereka mahu lihat kejayaan mereka di dunia sebenar.

Kita keluarkan nama Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo kerana dua bakat itu memang dari awal sudah dikesan oleh pengurus terkemuka bahawa mereka akan berjaya.

Jom lihat 10 wonderkids dalam FM yang benar benar berjaya.

1. Vincent Kompany

Vincent Kompany adalah wonderkid dalam FM 2005 ketika itu beliau bermain untuk Anderlecht. Beliau berjaya memenuhi potensinya, terutama sekali selepas berpindah ke Manchester City.

kompany-medal

Kompany, tanpa dakwa dakwi, kapten terbaik dalam sejarah Manchester City berdasarkan kejayaan kelab ketika eranya. Kini beliau sudah bersara.

2. Sergio Aguero

Seorang lagi pemain Man City dalam senarai. Aguero adalah wonderkid dalam FM 2006.

Di mana beliau menjadi pemain muda yang paling dikehendaki di FM2006 satu ketika dahulu.

Penyerang prolifik Argenina itu bermula dari Independiente dan kemudian berpindah ke Atletico dan Man City – di mana beliau menjaringkan gol yang sangat banyak ketika di kedua dua kelab itu.

1586891293_650607_noticia_normal

Aguero menjadi sasaran kelab besar ketika dia di Atletico termasuk AC Milan, Barcelona dan Real Madrid. Beliau kemudian memilih untuk ke Man City.

3. Cesc Fabregas

Namanya menjadi perhatian pemain FM2005. Ketika itu ada seorang pemain muda Arsenal dalam permainan video itu yang bernama Francesc Fàbregas.

Dalam data FM2005, prestasinya sangat bagus dan bakatnya sangat cepat berkembang.

Di dunia sebenar dia pun sama. Dia diberikan Wenger kepercayaan untuk menjadi kapten Arsenal pada usianya sangat muda.

Fabregas kemudian kembali semula ke kelab Barcelona sebelum membuat perpindahan kontroversi ke Chelsea.

0_Cesc-Fbregas-and-wenger

Di peringkat kebangsaan dia juga sangat berjaya dan dianggap antara playmaker terbaik dalam generasinya.

4. Philipp Lahm

Muncul sebagai wonderkid dalam FM2005. Philipp Lahm menutup kariernya sebagai legenda Jerman dan bayern Munich.

pepguardiolaphilipplahm-cropped_np44lhbhwm791cf5gsecociiv

Pemain yang dilabel Guardiola sebagai paling bijak pernah dikendalikannya dalam kariernya.

Lahm adalah simbol pemain serba boleh dan pemain yang sangat tenang di atas padang.

5. Sergio Ramos

Ketika artikel ini ditulis, Ramos baru sahaja menjadi ahli kelab 100 gol Real Madrid walaupun dia pemain pertahanan dan banyak bermain di bek tengah.

Sergiio ramos

Pemain serba boleh ini mula meningkat naik sejak di Sevilla. Dan dalam FM, namanya muncul sebagai wonderkid dalam FM2006.

Pada awalnya dia bermain di bek sisi, tengah defensif sebelum bertukar kepada bek tengah secara tetap.

Beliau legenda Real Madrid dan Sepanyol yang ada Piala Dunia dan Euro di kabinetnya.

6. Zlatan Ibrahimovic

Nama Zlatan Ibrahimovic muncul dalam Championship Manager 00/01 dan ketika itu baru berusia 19 tahun.

skysports-ac-milan-zlatan-ibrahimovic_4915952

Dalam versi permainan tersebut, dia menjadi pemain yang paling banyak dibeli oleh gamers.

Kisahnya sama seperti dia di alam nyata. Di mana dia sentiasa menjadi rebutan mana mana kelab dan kariernya seringkali bertukar tukar kelab.

Pada usianya 39 tahun hari ini, dia masih menjadi pemain utama AC Milan dan membantu Rossoneri bangkit.

7. Eden Hazard

Eden Hazard bermain untuk Lille sejak berusia 16 tahun pada 2008. Bakatnya dikesan dalam FM2008.

Dan di dunia sebenar dia berjaya mendapatkan pengalaman menjadi pemain utama pada usia muda.

hazard

Hazard membantu Lille menjadi juara Perancis pada 2010/11.

Aksi cemerlangnya di Lille membolehkannya menarik perhatian kelab besar dan berpindah ke Chelsea pada 2012 dengan nilai £32 juta dan memenangi beberapa trofi lagi di sana.

Hazard kemudian menyertai Real Madrid dengan nilai lebih £120 juta walaupun pada tahun akhir kontraknya.

8. Alexis Sánchez

Seorang lagi wonderkid dalam FM2008 yang menjadi legenda di negaranya Chile.

Karier Alexis Sanchez di peringkat kelab sinonim dengan Arsenal. Dia menjadi wonderkid ketika di Udinese dan boleh dimiliki di FM2008 dengan harga serendah £5 juta.

Alexis Sanchez

Sanchez cepat menjadi pemain bintang dalam versi FM2008.

Sanchez kemudian berhijrah ke Barca dan ke Arsenal. Namun kariernya merudum selepas berhijrah ke Man United.

Dan kini di Inter beliau masih cuba mendapatkan semula sentuhan ajaibnya.

9. Gareth Bale

Gareth Bale sudah diramal bakal menjadi bintang dalam Football Manager 2009. Di mana dia pemain serba boleh. Bermain di posisi bek sisi dan sayap.

sp23-gareth-bale

Kariernya di dunia nyata tidak selaju di FM. Di mana Spurs hampir menjualnya ke Birmingham dengan nilai hanya £1 juta tetapi perjanjian itu gagal.

Bale kemudian ditukar dari bek kiri kepada penyerang sayap. Dan dia menikmati posisi itu sebagai salah seorang penggempur berbisa.

Bale kemudian berhijrah ke Real Madrid dan memenangi beberap La Liga dan UCL.

Bale kembali semula ke Spurs pada 2020 selepas tidak sehaluan dengan Zidane.

10. Neymar

FM2011 merupakan game yang sudah meramalkan sesuatu istimewa daripada Neymar.

Soccer: World Cup-Brazil vs Chile
June 28, 2014; Belo Horizonte, BRAZIL; Brazil player Neymar kisses the soccer ball before attempting a penalty kick against Chile during the round of sixteen match in the 2014 World Cup at Estadio Mineirao. Mandatory Credit: Tim Groothuis/Witters Sport via USA TODAY Sports

Pemain Brazil berusia 18 tahun itu dianggap pemain wajib milik oleh pemain FM.

Neymar kemudian benar benar menghidupkan kariernya di dunia sebenar. Di mana dia menjadi pemain bintang untuk negara dan kelab.

Kini masih menjadi pemain termahal dalam sejarah bola sepak.