Manchester United rasminya menandatangani Jadon Sancho dari Borussia Dortmund selepas drama perpindahan yang sangat panjang sejak tahun lalu lagi.

Kedua dua kelab setunju dengan harga £72 juta untuk pemain sayap kanan tersebut yang akan menyarung jersi kelab Man United yang menjadi seteru sebandar kepada kelab lamanya, Man City.

Pemain muda antarabangsa England itu dilaporkan akan menerima £350,000 semiggu di Old Traford. Ini akan menjadikan beliau pemain dengan pendapatan kedua tertinggi di Man United di belakang David De Gea.

De Gea ketika ini mendapat £375,000 seminggu. Menjadikannya penjaga gol dengan gaji tertinggi di dunia.

Selain daripada De Gea, Man United membayar Paul Pogba £290,000 seminggu. Mino Raiola menjangkakan Pogba akan mendapat gaji setaraf dengan De Gea apabila pemain antarabangsa Perancis itu melanjutkan kontraknya selepas ini.

mino-raiola-paul-pogba_llxeos0a3rd11okamudb1kzgl

Di bawah Pogba ialah Anthony Martial dan Edinson Cavani yang sama sama menerima £250,000 seminggu. Cavani merupakan pemain yang ditandatangani secara ejen bebas. Beliau melanjutkan kontraknya semusim lagi di Old Trafford.

Kapten Man United, Harry Maguire mendapat gaji £200,000 seminggu. Sementara Bruno Fernandes yang merupakan pemain terbaik Man United sejak beliau menyertai pasukan tersebut menerima £190,000 seminggu,

bruno fernandes roma

Bintang yang digila dari akademi, Marcus Rashford pula menerima kontrak £190,000 seminggu ketika beliau dan Martial sama sama melanjutkan kontrak mereka di Old Trafford.

Luke Shaw dan Fred melengkapkan senarai 10 penerima gaji tertinggi di United dengan masing masing menerima £150,000 seminggu dan £120,000 seminggu.

Berikut adalah ringkasan gaji seminggu 10 pemain United dengan pendapatan tertinggi:

10. Fred – (£120k)

9. Luke Shaw (£150k)

8. Bruno Fernandes (£180k)

7. Harry Maguire (£190k)

6. Marcus Rashford (£200k)

4. Edinson Cavani (£250k)

4. Anthony Martial (£250k)

3. Paul Pogba (£290k)

2. Jadon Sancho (£350k)

1. David De Gea (£375k)

United masih berusaha mendapatkan Raphael Varane selepas kejayaan mendapatkan Jadon Sancho.

Bukan itu sahaja, mereka juga dikaitkan dengan Leon Goretzka. Namun Goretzka dikatakan mengutamakan lanjutan kontrak baharu dengan Bayern dan mahu bekerjasama dengan Nagelsman.

Tetapi Bayern masih berunding dengan pemain itu berkaitan dengan struktur gaji. Goretzka mahukan gaji £8.6 juta semusim.

United pastinya masih melihat harapan untuk mereka mendapatkan pemain tersebut.

Baca juga artikel

Fabrizio Romano Sahkan Jadon Sancho Milik Manchester United, Kontrak Sehingga 2026

TERKINI: Selepas Sancho, United Semakin Hampir Dapatkan Varane

RASMI: Everton Lantik Benitez, Penyokong Kibar Banner Ugutan Di Kediamannya