Kami senaraikan 10 pemain yang menjadi pencetak gol tertinggi di beberapa stadium ikonik di dunia.

1. Nou Camp – Messi

andres-iniesta-dan-lionel-messi_20180509_125538

Lionel Messi menjadi penjaring terbanyak di sini dengan 369 gol setakat ini. Beliau kelihatan tiada masalah langsung untuk menambah beberapa lagi gol pada musim ini sahaja.

2. Maracana – Zico

zico-2-601×338

Stadium ikonik dan klasik Brazil ini menyaksikan Zico adalah rajanya apabila dikira dari segi gol.

Zico menjaringkan 333 gol sepanjang kariernya di Maracana.

3. Santiago Bernabeu – Cristiano Ronaldo

ronaldo (2)

Ronaldo meninggalkan Real Madrid dengan banyak rekod luar biasa. Antaranya adalah sebagai penjaring terbanyak kelab sepanjang zaman.

Beliau juga mencatatkan 244 gol untuk Real Madrid di Bernabeu.

4. Olimpico – Francesco Totti

Francesco-Totti

Raja Rom, Francesco Totti selayaknya menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman di sini setakat ini.

Sepanjang kariernya sebagai pemain 1 kelab, Totti sudah meraikan 193 gol di hadapan penyokong Roma di Olimpico.

5. Anfield – Ian Rush

960106-061-Liverpool_Rochdale

Anfield ada ramai legenda. Namun untuk raja gol di Anfield, ianya milih Ian Rush dengan rekod 185 gol.

6. Azteca – Zague

luis-roberto-alves-zague_26j89utne7341kdjmdsaz4na3_crop1554245717062.png_554688468

Luís Roberto Alves dos Santos Gavranić, ataupun Zague merupakan bekas pemain Mexico. Beliau mencatatkan 159 gol di Azteca.

7. Etihad – Sergio Kun Aguero

Kun Aguero adalah seorang lagi pemain yang masih aktif bermain di stadium yang sama seperti Messi.

Aguero mencatatkan 145 gol di Etihad. Paling ikonik ini:

CE3lhaiW8AA7oMq

8. Old Trafford – Bobby Charlton

_89061274_9a87429e-293b-4393-a880-3a2b5ead3227

Walaupun Wayne Rooney menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk United, namun di Theatre of Dream, Bobby Charlton masih raja gol.

Bobby Charlton gah dengan catatan 138 gol di Old Trafford.

9. Highbury – Thierry Henry

Thierry-Henry-2

Ini adalah stadium yang sudah ditinggalkan Arsenal. Dan ianya menyaksikan Thierry Henry mencatatkan 137 gol di sana.

Wenger menyatakan ‘roh’ Arsenal masih tertinggal di sana.

10. Bombonera – Martin Palermo

3e69625bd551cd9aba21b24e7db5759f

Lupakan rekod dunia guiness beliau yang menyaksikannya mencatatkan 3 penalti gagal dalam satu perlawanan.

Ini kerana Palermo ternyata penyerang handalan yang wajar dihormati dengan 129 gol dicatatkan di Bombonera.