Kejohanan ASEAN Club’s Championship 2020 (ACC2020) yang dijadualkan akan berlangsung dari bulan Mac sehingga November 2020, sah hanya akan disertai oleh 10 buah pasukan terbaik di rantau Asia Tenggara.

Dalam satu infografik yang dikeluarkan oleh ASEAN Football, 8 pasukan sudah memastikan tempat mereka dalam saingan peringkat kumpulan iaitu;

  • Chiangrai United – Juara Thai League 1 2019
  • PT Prachuap – Juara Thai League Cup 2019
  • Bali United – Juara Liga 1 Indonesia 2019
  • Persebaya – Naib Juara Liga 1 Indonesia 2019
  • Hanoi FC – Juara V.League 1 2019
  • Ho Chi Minh City FC – Naib Juara V.League 1 2019
  • Shan United – Juara Myanmar National League 2019
  • Tampines Rover – Naib Juara Singapore Premier League 2019

Manakala 4 lagi pasukan akan bersaing dalam pusingan Play-Off bagi menentukan 2 lagi pasukan yang akan layak beraksi dalam peringkat kumpulan bersama 8 pasukan diatas.

4 pasukan yang akan beraksi dalam saingan Play-Off ACC2020 adalah;

  • Svay Rieng FC – Juara Metfone Cambodia League 2019
  • Lao Toyota – Juara Lao Premier League 2019
  • Indera – Tempat ke-4 Brunei Super League
  • Ceres Negros – Juara Philippines Football League 2019

Tiada wakil dari Malaysia dalam edisi sulung ini berikut prinsip yang ditegakkan oleh pihak FAM melalui Setiausaha Agung, Stuart Ramalingam yang mahu kejohanan ini menerima pengiktirafan rasmi dari pihak AFC selain masalah jadual terlalu ketat bagi pasukan-pasukan serta berkemungkinan menggangu persiapan kem latihan skuad kebangsaan.

Prioriti utama untuk pasukan dari Malaysia adalah untuk beraksi dalam kejohanan yang diiktiraf oleh AFC seperti AFC Champions League dan juga AFC Cup, dan selepas itu barulah boleh dipertimbangkan untuk ke saingan ASEAN Club’s Championship, melainkan pihak ACC membuka slot bagi pasukan yang berada di tempat ke 3 hingga 5 liga untuk menyertai kejohanan itu.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

ASEAN Club Championship (ACC) Dimulakan Tahun 2020, Terima Sokongan Penuh FIFA Dan AFC

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Kejohanan ASEAN Club Championship (ACC) Yang Akan Bermula Pada Bulan Mei 2020