Bek tengah semakin mahal di jendela perpindahan hari ini. Jika dahulu, boleh dikatakan, tak siapa sanggup membayar lebih £50 juta sekalipun untuk bek tengah.

Namun hari ini, harga bek tengah termahal dunia adalah £80 juta ketika Man United membeli Harry Maguire memecahkan rekod £75 juta dibayar Liverpool kepada Southampton untuk Virgil Van Dijk.

Berikut adalah 10 bek tengah terbaik di Eropah ketika ini

10. Samuel Umtiti

927141108.jpg.0-854×540

Lihat sahaja apabila beliau tidak ada di atas padang, Barcelona jelas merasai kehilangan beliau terutama sekali untuk situasi pertahanan 1 lawan 1.

Namun kariernya seringkali diancam masalah kecederaan.

9. Leonardo Bonucci

leonardo-bonucci-juventus-1568118702-25588

Ketika bola sepak mulai gilakan binaan serangan dari belakang, Leonardo Bonucci menghidupkan baka libero namun dengan gaya moden.

Beliau akan memberikan pasukannya pemain playmaker tambahan dari belakang.

Sangat kuat di udara dan memiliki game reading yang bagus. Sebab itu ketika Juventus memiliki Pirlo, pasukan tersebut seperti ada dua orang deep lying playmaker.

Pada usianya yang sudah lebih 30 tahun, Bonucci masih diidamkan oleh Pep Guardiola.

8. Aymeric Laporte

aymeric-laporte-manchester-city-1550860010-20648

Kehadiran beliau telah menyelesaikan banyak masalah kepada Man City terutama sekali dari segi error prone.

Pemain yang dibeli dari Athletic Bilbao pada 2018. Bek tengah yang progresif dan bijak dalam pemposisian

7. Harry Maguire

maguire

Beliau menikmati salah satu musim terbaik dalam hidupnya pada 2018/19 temasuk ketika aksi di Piala Dunia yang sangat cemerlang. Membuatkan beliau menjadi pemain bek tengah termahal dibayar oleh Man United.

Masih ada banyak ruang untuk meningkatkan lagi aspek permainan dan kemampuan teknikalnya.

Beliau kini menjadi kapten Red Devils.

6. Raphael Varane

Raphael-Varane-5-800-445

Tiada keraguan lagi beliau merupakan pemain yang memiliki sejarah memenangi piala yang besar termasuk beberapa UCL serta Piala Dunia.

Pemain yang dianggap Zidane sebagai fenomenal di dalam pasukan Real Madrid. Beliau adalah pemain pertahanan yang solid dan memiliki ketenangan yang luar biasa.

Amat jarang melakukan bentesan yang berisiko. Berbeza dengan gandingannya, Sergio Ramos.

5. Gerard Pique

pique

Pique adalah pemain yang menjadi sebahagian penting daripada sejarah kegemilangan Barcelona pada hari ini.

Beliau menyertai Barcelona dari Man United pada usia 21 tahun kerana tidak ada jaminan kesebelasan utama.

Pemain yang berkebolehan dalam membina serangan dari belakang dan memiliki gaya permainan yang sesuai dengan falsafah bola sepak moden.

4. Giorgio Chiellini

chiellini-1-e1556189668362

Tipikal pertahanan tengah klasik Itali yang sanggup hulur kepala untuk menghadang bola.

Chiellini masih berada di peringkat tertinggi dalam kariernya. Memiliki kemampuan memenangi bola yang sukar untuk dijelaskan.

Beliau adalah master kepada ilmu menghadang (blocking) pada masa yang tepat.

3. Kalidou Koulibaly

koulibaly

Pemain bek tengah Napoli ini mungkin bukan nama asing. Hampir setiap kali jendela perpindahan ada sahaja namanya dikaitkan dengan pasukan besar.

Beliau adalah Van Dijk versi Napol. Pemain yang berbadan besar tetapi memiliki kepantasan yang tinggi.

Beliau juga memiliki kemampuan untuk membina serangan dengan hantaran laser dari belakang.

2. Sergio Ramos

Sergiio ramos

Suka beliau atau tidak, Ramos masih antara bek tengah yang berada dalam kelas tinggi.

Pada usianya 33 tahun, masih menjadi benteng kebal untuk kelab dan negaranya. Dikenali dengan gaya permainan dark art yang kadangkala dibenci oleh lawannya.

Beliau memiliki mentaliti yang luar biasa terutama sekali ketika pasukannya sedang buntu dan dalam tekanan luar biasa.

1. Virgil Van Dijk

arnold van dijk robertson

2 kali di belakang Messi dan sekali menewaskan Messi untuk 3 anugerah utama pada tahun 2019.

Kehadiran Virgil Van Dijk mengubah wajah Liverpool yang seringkali dikenali dengan masalah pertahanan tak konsisten.

Beliau boleh melakukan playmaking dari belakang dan menjadi pemain penting untuk sistem Klopp di Liverpool; dan Koeman di Belanda.