Baru-baru ini, Menteri Pertahanan yang juga Menteri Kanan (kluster keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedia pertimbangkan cadangan untuk memberi kebenaran rasmi kepada Liga Malaysia berlangsung lebih awal serta kemasukan penyokong ke dalam stadium mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Sebagai contoh, stadium yang mempunyai kapasiti 30,000 penonton, mungkin hanya membenarkan 10 peratus atau 3,000 penyokong hadir bagi mematuhi peraturan penjarakan sosial.

Bagaimanapun, ia bergantung pada permohonan sesi latihan fasa 2 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum membuat tindakan lanjut.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan menjelaskan pihaknya sememangnya dalam perancangan untuk memohon kehadiran penyokong ke dalam stadium tetapi dengan jumlah yang lebih sedikit.

“Perkara ini sememangnya dibincang dan akan disertakan dalam permohonan MFL untuk latihan Fasa 2 nanti di mana kemungkinannya di peringkat awal ini dibenarkan 10 peratus atau 15 peratus daripada kapasiti stadium berkenaan.

“Permohonan untuk membenarkan kemasukan penonton ke stadium ini juga diharapkan dapat membantu memberikan hasil pendapatan khususnya kepada pasukan bertanding yang mana seperti diketahui sememangnya memerlukan pendapatan sampingan dalam suasana sekarang,” katanya kepada Sinar Harian.

Jadual

Sumber Gambar: Stadium Astro

Penurunan kes wabak pandemik serta pembukaan beberapa sektor di Malaysia mencerahkan peluang untuk memulakan kempen Liga Malaysia lebih awal di mana perancangan sebelum ini menyambung kembali aksi domestik pada September 2020.

Ketika ini, 16 pasukan yang terdiri daripada 8 pasukan Liga Super dan 8 pasukan Liga Premier sudah pun diberi kebenaran untuk menjalani latihan sejak minggu lalu. Manakala baki 8 lagi pasukan masih dalam proses melengkapkan permohonan.

“Memang kita rancang untuk saingan Liga-M bersambung pada September, tetapi kita akan mohon disambung lebih awal iaitu pada Ogos disebabkan petunjuk aras Covid-19 yang positif hinggakan kelonggaran operasi diberikan kepada beberapa aktiviti dan industri lain ketika ini.

“Apapun, kesemua penyokong/penonton tetap diingatkan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan selain mengamalkan tahap disiplin dan sikap kebertanggungjawaban yang tinggi tanpa sebarang kompromi,” tambahnya.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

Kelab Ceres Negros ‘Bungkus’ Selepas Pemiliknya Muflis, Gagal Bayar Gaji Pemain 2 Bulan

Park Hang-seo Kongsi Kisah Bagaimana Guus Hiddink Terapkan ‘Kekuatan’ Untuk Skuad Piala Dunia 2002 Korea Selatan

PSSI Tak Jadi Pecat Shin Tae-yong, Hubungan Dengan Ketum Kembali Pulih

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group